Get Adobe Flash player

Home Maggi® Cookbook Meet Maggi® Family Share tips & recipes Maggi® Happenings Food for thought contact us Maggi® forum
Member Login
Join Member
Forgot Password

Get Adobe Flash player

 

 
 

 

English | Bahasa Malaysia

Soalan dan Jawapan Penting

Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Kami harap anda seronok untuk mempelajari tentang Nestlé dan produk kami. Nestlé (Malaysia) Berhad (“Nestlé”) menghormati hak anda untuk memastikan maklumat anda kekal rahsia di dalam talian apabila anda menggunakan laman web kami dan berhubung secara elektronik dengan kami. Kami telah mengambil segala langkah yang perlu untuk menjamin kerahsiaan sebarang maklumat peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami.

Dengan ini dimaklumkan bahawa Nestlé ialah Pengawal Data (sila lihat Soalan 17 dalam Notis ini) bagi maklumat peribadi anda. Prinsip yang diterangkan dalam Notis Privasi ini berkuat kuasa ke atas semua Pengawal Data dalam Kumpulan Nestlé (bermakna Nestlé sebagai Syarikat Pegangan, anak syarikat, dan syarikat berkaitan dan/atau sekutunya).

Kami telah memikirkan beberapa soalan penting yang kami percaya anda ingin tahu jawapannya berhubung dengan maklumat peribadi yang anda kemukakan kepada Nestlé. Jawapan yang diberikan akan memaklumkan anda tentang hak anda berkaitan maklumat peribadi anda dan langkah yang diambil oleh Nestlé untuk mengekalkan kerahsiaan dan melindungi maklumat peribadi ini. Kami percaya anda akan mendapati maklumat ini amat berguna.

Jika anda mempunyai apa-apa permintaan berkaitan maklumat peribadi anda ATAU ingin membuat sebarang pertanyaan tentang langkah yang diambil, sila hubungi Nestlé di alamat yang diberikan dalam Soalan 5 di bawah.

S1

    

Apakah maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Nestlé menerusi laman web ini dan bagaimana Nestlé mengumpulkan maklumat tersebut?

J

    

Kami hanya mengumpulkan maklumat peribadi yang ANDA berikan kepada kami atau yang diperlukan untuk memberikan (dan menambah baik) perkhidmatan kami kepada anda. Kami mengumpulkan maklumat peribadi secara langsung seperti nama, alamat, e-mel dan juga maklumat tidak langsung seperti Cookies (perisian penjejak maklumat); sambungan dan maklumat sistem.

Anda mungkin mahu memberi kami alamat e-mel, nama dan nombor telefon anda supaya kami boleh memaklumkan anda tentang produk kami; penyertaan peraduan atau tinjau selidik; atau memaklumkan perkembangan terkini Nestlé yang mungkin menarik minat anda.

Dalam pada itu, anda mungkin mahu membina kerjaya dengan Nestlé dan memohon untuk mengisi jawatan kosong dengan mengemukakan "CV" anda di laman web pengambilan pekerja kami.

Anda haruslah yakin bahawa Nestlé mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan segala maklumat peribadi yang anda maklumkan kepada kami adalah selamat dan terlindung.

   

 

  

S2

    

Bagaimana Nestlé menjamin perlindungan maklumat peribadi anda?


J

    


Hanya kakitangan Kumpulan Nestlé (bermakna Nestlé sebagai syarikat pegangan, anak syarikat dan syarikat berkaitan dan sekutunya), syarikat pihak ketiga (pembekal perkhidmatan) atau kakitangan rakan perniagaan (yang mempunyai persetujuan di bawah kontrak untuk menjamin perlindungan maklumat) yang dibenarkan untuk memperolehi maklumat peribadi anda. Semua kakitangan Nestlé yang boleh memperolehi maklumat peribadi anda perlu mematuhi Dasar Privasi Kumpulan Nestlé dan semua pihak ketiga yang boleh memperolehi maklumat peribadi anda telah menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut. Di samping itu, terdapat perjanjian menerusi syarikat pihak ketiga yang boleh mencapai maklumat peribadi anda, untuk memastikan maklumat ini kekal terlindung. Untuk memastikan maklumat peribadi anda terlindung, Nestlé telah mewujudkan persekitaran IT yang selamat dan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah pendedahan maklumat yang tidak dibenarkan (cth. penggodaman).

   


Sila lihat Soalan 4 – Kumpulan Nestlé mendedahkan maklumat peribadi anda kepada siapa dan mengapa?

  

S3

    

Apakah tujuan Nestlé menyimpan maklumat peribadi?


J

    


Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk tujuan yang anda berikan kepada Nestlé. Maklumat ini juga akan digunakan untuk mentadbir, menyokong dan mendapatkan maklum balas mengenai tahap perkhidmatan dan mencegah pencerobohan keselamatan, perlanggaran undang-undang atau syarat kontrak kami.

  

S4

    

Kumpulan Nestlé mendedahkan maklumat peribadi anda kepada siapa dan mengapa?


J

    


Nestlé tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana organisasi perniagaan pihak ketiga yang berhasrat menggunakannya untuk tujuan pemasaran langsung melainkan kebenaran khusus telah diberikan oleh anda kepada kami untuk berbuat demikian.

   


Untuk dasar Nestlé mengenai: (i) pemasaran langsung menerusi e-mel; (ii) hak anda untuk meminta Nestlé agar TIDAK menghubungi anda pada bila-bila masa menerusi pemasaran e-mel langsung; dan (iii) juga hak anda memadamkan maklumat peribadi anda dalam sistem kami – sila lihat Soalan 8 & 5.

   


Nestlé mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain dalam Kumpulan Nestlé. Nestlé juga mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, tetapi hanya dalam keadaan yang terhad yang ditetapkan di bawah:

  • Kami boleh membekalkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga (seperti pembekal perkhidmatan pihak ketiga) yang membantu kami mentadbir laman web ini. Beberapa rakan perniagaan mungkin terletak di luar negara, di mana anda melayari laman web ini. Pembekal perkhidmatan utama kami untuk hos web ialah di Amerika Syarikat. Sila lihat Soalan 6– "Negara manakah akan menerima maklumat peribadi anda dan mengapa?" Pihak ketiga perlu pada setiap masa menyediakan tahap keselamatan yang sama bagi maklumat peribadi anda sebagaimana yang disediakan oleh Nestlé dan sekiranya perlu, tertakluk di bawah perjanjian undang-undang untuk memastikan maklumat anda dikekalkan rahsia, terlindung dan diproses hanya atas arahan khusus daripada Nestlé.
  • Kami juga mungkin membekalkan maklumat peribadi anda kepada badan kerajaan dan agensi penguatkuasa undang-undang sekiranya difikirkan perlu bagi mematuhi: mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa; atau jika pada pertimbangan kami dibuat dengan niat yang baik, tindakan tersebut adalah wajar dan perlu untuk mematuhi proses undang-undang, menjawab sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang, atau untuk melindungi hak Kumpulan Nestlé atau pelanggan atau orang ramai.
  • Kami boleh, dalam keadaan yang terhad dan tertentu, membekalkan maklumat peribadi anda kepada bakal pembeli mana-mana perniagaan Nestlé yang berkenaan tetapi dengan syarat (i) kami telah memastikan di bawah kontrak bahawa maklumat ini dikekalkan rahsia dan terlindung; dan (ii) bahawa apabila membekalkan maklumat ini, Nestlé mematuhi undang-undang tempatan yang berkaitan, jika ada.

  

S5

    

Bagaimana anda boleh melihat, menyemak, mengubah atau memadamkan Maklumat Peribadi yang anda hantar kepada kami?


J

    


Anda juga boleh meminta agar butiran maklumat yang dimiliki oleh Nestlé tentang anda, dipadamkan, dibetulkan atau dipinda dengan menghantar e-mel menerusi laman http://www.nestle.com.my/Common/Peripherals/Pages/ContactUs.aspx atau menghantar surat ke:

Nestlé (Malaysia) Berhad
22-1, 22nd Floor, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara 47810
Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.

  

S6

    

Negara manakah akan menerima maklumat peribadi anda dan mengapa?


J

    


Nestlé ialah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan merentasi sempadan antarabangsa. Maklumat mungkin dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang berbeza daripada negara yang anda kemukakan maklumat peribadi anda. Maklumat peribadi anda juga mungkin dipindahkan antara syarikat berkaitan dan/atau gabungan Kumpulan Nestlé yang terletak di negara berbeza. Nestlé mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi semasa penghantaran dan juga di lokasi penerimaan.

   


Pelayan ("server") yang menyediakan laman web ini mungkin terletak di luar negara di mana anda melayari laman web. Pembekal perkhidmatan hos utama kami bagi kebanyakan laman web Nestlé adalah berpangkalan di Amerika Syarikat. Pembekal tersebut terikat kepada perjanjian yang menjamin tahap perlindungan kerahsiaan data yang tinggi (antara peruntukan-peruntukan lain) dan bertindak hanya atas arahan Nestlé dan mengambil semua langkah teknikal yang diperlukan secara berterusan untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah terlindung.

  

S7

    

Teknologi Penjejakan ( “COOKIES”) – Bagaimana dan Mengapa Nestlé menggunakannya?


J

    


Nestlé menggunakan teknologi penjejakan (“Cookies”) untuk mengumpul maklumat peribadi seperti jenis pelayar dan sistem operasi, laman perujuk, laman laluan, domain ISP dan sebagainya untuk tujuan memahami cara pengunjung menggunakan laman web ini. Cookies membantu kami menyesuaikan laman web ini dengan keperluan peribadi anda.

   


Nestlé memastikan semua maklumat yang dikumpulkan daripada Cookies adalah dalam bentuk yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi. Maklumat yang diperolehi menerusi Cookies tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak tetapi dari Kumpulan Nestlé atau pihak ketiga yang ditetapkan. Ia tidak akan digunakan untuk komunikasi tanpa diminta.

   


Selepas sesi pengguna dibatalkan, maklumat yang terkandung di dalam Cookies tidak lagi boleh diperolehi Nestlé.

   


Sila pastikan bahawa penetapan komputer anda mempamerkan persetujuan anda untuk menerima Cookies. Anda boleh menetapkan pelayar ("browser") untuk memberi amaran kepada anda sebelum menerima Cookies, atau anda boleh menetapkan untuk menolaknya, walaupun anda mungkin tidak boleh menggunakan semua kemudahan dalam sesuatu laman web jika anda berbuat demikian. Klik butang “help” pelayar untuk mengetahui cara untuk melakukannya. Anda tidak perlu mengaktifkan Cookies melayari pelbagai bahagian laman ini atau laman web lain Nestlé. Perlu diingat bahawa jika anda menggunakan komputer berbeza di lokasi berbeza, anda perlu memastikan setiap pelayar dilaraskan untuk disesuaikan dengan pilihan Cookies anda.

  

S8

    

E-Pemasaran - Apakah “SPAMMING” dan apakah pandangan Nestlé tentang e-mel SPAM?


J

    


“Spamming” berlaku apabila e-mel tanpa diminta yang mengandungi bahan berkaitan iklan atau pemasaran dihantar kepada anda tanpa kebenaran anda.

   


Nestlé TIDAK menghantar e-mel SPAM. Nestlé sendiri menggunakan alat anti-SPAM untuk melindungi kakitangan kami daripada gejala SPAMMING. Penghantaran e-mel tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang di banyak negara. Nestlé tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda (termasuk alamat e-mel) untuk pemasaran langsung atau komunikasi susulan melainkan anda memberikan kami kebenaran secara NYATA. Ini dinamakan kebenaran "OPT-IN".

   


Di samping itu, Nestlé tidak berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana pihak ketiga (bukan Kumpulan Nestlé) yang akan menggunakan maklumat peribadi untuk e-mel SPAM.

   


Laman web Nestlé memberi peluang kepada anda untuk menerima maklumat pemasaran menerusi e-mel. Setiap e-mel yang dihantar oleh Nestlé akan memberi anda peluang pada bila-bila masa untuk menghentikan penerimaan e-mel pemasaran.

   


Jika atas apa jua sebab anda percaya anda telah menerima e-mel SPAM daripada syarikat Kumpulan Nestlé, sila maklumkan kami serta-merta melalui alamat yang diberikan. Untuk butiran alamat, sila lihat Soalan 5 – Bagaimana anda boleh melihat, menyemak, mengubah atau memadamkan Maklumat Peribadi yang anda hantar kepada kami?

  

S9

    

Berapa lama Nestlé menyimpan maklumat peribadi anda?


J

    


Nestlé mungkin menyimpan maklumat peribadi yang anda hantar kepada kami menerusi laman web ini dalam pangkalan data berasingan seperti pangkalan data Pemasaran Perhubungan Pelanggan. Maklumat peribadi anda akan disimpan oleh Kumpulan Nestlé hanya selagi diperlukan selepas mempertimbangkan keperluan kami untuk menjawab pertanyaan atau menyelesaikan masalah, menyediakan perkhidmatan yang ditambah baik dan baru dan mematuhi keperluan perundangan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. Ini bermakna kami mungkin menyimpan maklumat anda untuk tempoh yang munasabah selepas anda berhenti menggunakan perkhidmatan Nestlé atau berhenti menggunakan laman web ini. Selepas tempoh tersebut, maklumat peribadi anda akan dipadamkan daripada semua sistem dalam Kumpulan Nestlé.

   


Kami mengingatkan anda bahawa kami berhak untuk memadamkan maklumat peribadi anda pada bila-bila masa. Sila lihat Soalan 5 - Bagaimana anda boleh melihat, menyemak, mengubah atau memadamkan Maklumat Peribadi yang anda hantar kepada kami (di atas)?

  

S10

    

Apakah dasar Nestlé' tentang kanak-kanak menggunakan dan berkomunikasi dengan laman web kami?


J

    


Kami percaya kami perlu melindungi kerahsiaan maklumat kanak-kanak di dalam talian dan menggalakkan ibu bapa atau penjaga meluangkan masa di dalam talian dengan anak-anak mereka untuk bersama-sama melibatkan diri dan memantau kegiatan elektronik mereka.

   


Kami tidak akan secara sengaja mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun kecuali dalam beberapa laman web kanak-kanak kami. Dalam laman web ini, kami akan mengumpulkan maklumat peribadi tersebut menurut undang-undang dan peraturan tempatan yang berkaitan dengan hak kerahsiaan maklumat kanak-kanak. Jika ibu bapa atau penjaga memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menghantar maklumat, kami akan meminta maklumat peribadi kanak-kanak yang diperlukan untuk menyertai program yang didaftarkan oleh kanak-kanak sahaja.

   


Laman web khas untuk kanak-kanak

   


Nota khas kepada kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun

   


Jika anda berusia di bawah 18 tahun, kami menasihati anda agar berbincang dengan ibu bapa atau penjaga SEBELUM memberikan maklumat peribadi kepada laman web Nestlé. Jika anda tidak pasti sama ada anda memahami sesuatu dalam bahagian ini, anda perlu menanya ibu bapa atau penjaga anda untuk mendapatkan bantuan mereka.

   


Nota khas kepada ibu bapa kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun

   


Kami mengesyorkan agar ibu bapa/penjaga memeriksa dan memantau penggunaan e-mel dan kegiatan dalam talian anak mereka dari masa ke masa.

   


Sila pastikan anak anda tidak memberikan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi di dalam talian tanpa kebenaran anda.

   



   

Anda boleh pada bila-bila masa menyemak maklumat anak anda dan menukar atau memadamkannya di dalam talian. Secara alternatif, anda juga boleh meminta kami memadamkan mana-mana maklumat anak anda dengan menghantar borang permohonan pemadaman menerusi e-mel/pos/faks ke alamat yang diberikan dalam butiran hubungan yang ditetapkan dalam Soalan 5 - Bagaimana anda boleh melihat, menyemak, mengubah atau memadamkan Maklumat Peribadi yang anda hantar kepada kami?

  

S11

    

Adakah Nestlé mempunyai pautan kepada laman web pihak ketiga lain dan apa yang berlaku kepada maklumat peribadi saya apabila saya klik pada pautan ini?


J

    


Nestlé mempunyai pautan kepada laman web lain untuk memberi anda peluang untuk meninjau dan menghubungkan maklumat menarik berkaitan dengan Nestlé. Laman web Pihak Ketiga ini adalah di luar kawalan kami dan tidak diliputi oleh Notis Privasi ini. Jika anda memasuki laman web lain menggunakan pautan yang disediakan, pengendali laman web tersebut mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda. Sila pastikan anda berpuas hati dengan Dasar Privasi laman web pihak ketiga sebelum anda mengemukakan maklumat peribadi. Nestlé berusaha sebaik yang mungkin untuk memastikan semua laman web berkaitan pihak ketiga mempunyai tahap perlindungan yang sama untuk melindungi maklumat peribadi anda, tetapi kami tidak bertanggungjawab dari segi undang-undang atau selainnya terhadap kegiatan, dasar privasi atau tahap pematuhan kerahsiaan pihak ketiga tersebut.

  

S12

    

Apakah yang berlaku kepada maklumat peribadi saya apabila saya menghantar halaman web Nestlé melalui e-mel kepada orang lain?


J

    


Ada di antara laman web ini mungkin memberi anda peluang untuk menghantar alamat laman web melalui e-mel kepada orang lain. Untuk memastikan ciri ini berfungsi, kami perlu mengumpulkan alamat e-mel anda dan/atau alamat e-mel penerima halaman web anda. Alamat e-mel yang dikumpulkan dengan cara ini tidak digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada memenuhi keperluan anda. Alamat e-mel ini tidak disimpan dan akan dipadamkan serta-merta selepas permintaan anda dipenuhi.

  

S13

    

Apa yang berlaku kepada maklumat peribadi saya jika saya menyertai kaji selidik dalam talian daripada Nestlé menerusi laman web ini?


J

    


Dari masa ke masa, kami mungkin meminta pengunjung laman web kami untuk menjawab soalan kaji selidik. Kaji selidik lazimnya berkait dengan kandungan laman web, produk atau kategori produk kami. Kami mungkin meminta maklumat seperti usia atau kategori usia, jantina dan sebarang maklumat peribadi yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi. Untuk tujuan kaji selidik ini, kami mungkin menambah maklumat yang diperolehi daripada Cookies (teknologi penjejakan) untuk jawapan kaji selidik tetapi maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi tidak akan diminta. Maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada pengundian dan kaji selidik adalah untuk kegunaan dalaman Nestlé tetapi hanya butiran kumpulan maklumat boleh dikongsi dengan pihak lain.

  

S14

    

Bolehkah Nestlé mengubah syarat Notis Privasi ini?


J

    


Nestlé sesekali akan membuat perubahan dan pembetulan kepada Notis Privasi ini. Sila semak Notis Privasi dari masa ke masa untuk melihat perubahan dan bagaimana ianya boleh melibatkan anda.

  

S15

    

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu undang-undang berkaitan laman web Nestlé, hak dan tanggungjawab saya di bawah undang-undang?


J

    


Memandangkan Nestlé (Malaysia) Berhad ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia. undang-undang yang berkuat kuasa dan diguna pakai ke atas laman web ini adalah undang-undang Malaysia. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk Terma dan Syarat Laman Web yang boleh didapati dengan klik pautan ini atau terus pada laman web ini.

  

S16

    

Apakah alamat Nestlé yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan atau soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi saya?


J

    


Alamat kami ialah: http://www.nestle.com.my/Common/Peripherals/Pages/ContactUs.aspx, atau

Nestlé (Malaysia) Berhad
22-1, 22nd Floor, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara 47810
Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.

  

S17

    

Apakah istilah yang mempunyai makna undang-undang khusus dalam Notis Privasi Nestlé (dipaparkan dengan huruf besar untuk kesenangan penggunaan kecuali bagi maklumat peribadi)?


J

    


Maklumat Peribadi juga boleh dikenali sebagai Data Peribadi dan bermaksud sebarang maklumat berkaitan dengan anda sebagai orang sebenar yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung (Pada laman web, ini sekurang-kurangnya merangkumi alamat e-mel anda).

    


Pemprosesan Maklumat Peribadi bermaksud sebarang operasi atau set operasi yang dilakukan ke atas maklumat peribadi anda sama ada secara automatik termasuk mengumpulkan, merakamkan, menyusun, menyimpan, menyesuaikan atau mengubah, mendapatkan kembali, merunding, menggunakan, mendedahkan menerusi transmisi, penyebaran atau selainnya, menyediakan, menjajarkan atau menggabungkan, memadamkan atau memusnahkan maklumat (pada hakikatnya sebarang aktiviti yang dilakukan oleh Nestlé atas atau dengan maklumat peribadi yang anda hantar kepada kami).

    


"Pengawal Data" ialah organisasi secara sendiri atau bersama yang menentukan tujuan dan kaedah Pemprosesan maklumat peribadi anda (iaitu entiti Nestlé yang mengendalikan laman web dan mengumpulkan maklumat peribadi anda), yang untuk tujuan ini adalah Nestlé (Malaysia) Berhad.

    


"Pihak Ketiga" untuk tujuan Notis Privasi ini bermakna sebarang syarikat yang bukan di bawah kawalan Nestlé (Malaysia) Berhad sama ada menerusi pemilikan langsung atau tidak langsung.

    


"Nestlé" dan "Kumpulan Nestlé " dalam Notis Privasi ini semuanya merujuk kepada Nestlé (Malaysia) Berhad, anak syarikat dan/atau syarikat berkaitan dan sekutunya yang sesuai mengikut konteks.

  

S18

    

PENTING – Mengapa saya perlu menerima syarat-syarat Notis Privasi ini?


J

    


Nestlé ialah sebuah syarikat global yang menggunakan Internet untuk mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi anda. Ini sudah tentu membabitkan pemprosesan dan penghantaran maklumat peribadi merentasi sempadan.

    


Notis Privasi ini memberikan anda semua maklumat yang diperlukan (dengan cara yang mudah diperolehi) untuk membuat pilihan secara maklum sama ada untuk menggunakan laman web ini dan menghantar maklumat peribadi kepada Nestlé atau tidak.

    


Justeru itu, dengan melayari laman web ini dan berhubung secara elektronik dengan kami, anda memperakui dan bersetuju untuk membolehkan kami memproses maklumat peribadi tidak langsung anda (Cookies, sambungan dan maklumat sistem) dengan cara yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.

    


Jika anda meminta kami memberikan perkhidmatan tertentu kepada anda (cth pertandingan, risalah berita atau butiran produk baru dll.) kami memerlukan maklumat peribadi langsung (nama, alamat dan e-mel) daripada anda. Dalam keadaan ini, kami akan meminta kebenaran nyata anda untuk mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda. Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan maklumat tersebut diberikan kepada kami.

    


Jika anda mempunyai apa-apa soalan berkaitan Notis Privasi ini, sila hubungi Nestlé di alamat yang diberikan dalam Soalan 5 dan kami bersedia untuk membantu menjawab sebarang soalan atau kemusykilan.

 

  Copyright 2011 © Nestlé Products Sdn. Bhd. (45229-H). All Rights Reserved.
Privacy Policy | Contact Us | Sitemap | www.nestlé.com.my