Maggi Mencari Bintang Maggi Mencari Bintang
Title video
 
Maggi Mencari Bintang Episod 6
     
   
    229  
 
   
 
video
  Mencari Bintang Episode 1
  Dalam episod yang pertama ini, penonton akan menyaksikan kemeriahan sesi ujibakat untuk mencari bintang sensasi MAGGI.
Ujibakat diadakan di enam negeri iaitu di Pulau Pinang, Kuantan, Pahang, Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah, Johor Bharu dan Kuala Lumpur.

Sambutan yang meriah menyulitkan juri membuat pemilihan, ramai yang berbakat memasak namun ramai yang tidak berjaya kerana yang dicari ialah bintang sensasi dunia masakan, bukan chef semata-mata.

Peserta yang melepasi ujibakat asas bagi mengendalikan peralatan dan bahan memasak serta kebolehan berkomunikasi akan layak ke sesi seterusnya iaitu memasak resepi sendiri sambil beraksi di hadapan kamera.

Untuk mengetahui siapa yang berjaya mara, jumpa di minggu hadapan.
Read More>>
 
 
video
  Mencari Bintang Episode 2
  Episod kedua ini menyaksikan siapakah 32 orang yang berjaya ke saringan kedua, namun hanya 30 orang yang hadir.
Peserta mendaftar di Holiday Inn Glenmarie dan diberi taklimat oleh pihak penerbit serta penaja mengenai program realiti ini.

Peserta dibahagikan kepada empat sesi memasak dan diminta memasak ‘signature dish’ masing-masing.

Bagi setiap sesi, peserta diberikan masa setengah jam sahaja dan dikehendaki memasak menggunakan produk Maggi.

Setiap masa peserta diawasi oleh juri yang diketuai oleh Puan Rubiyah Jamil, Group Brand Manager MAGGI, Chef Johari Edros, Presiden Persatuan Chef Malaysia dan Chef Noor Asiah Tajul Urus dari Khidmat Pelanggan NESTLE.

Sesi 1 dan 2 ditayangkan dalam episod ini dan sambungannya di minggu hadapan.
Read More>>
 
 
video
  Mencari Bintang Episode 3
  Episod ini memaparkan sambungan saringan kedua untuk sesi ketiga dan keempat. Peserta menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menyediakan sajian berdasarkan resepi ciptaan sendiri
menggunakan produk Maggi.

Setelah berbincang dan memperolehi markah untuk semua 30 peserta, pihak juri membuat keputusan siapakah 10 finalis yang layak mara ke peringkat seterusnya.

Mereka ialah Ahmad Kamal Hussein, 27 tukang masak sambilan dari Johor; Hussin Khan Rahmatullah Khan, 33 pensyarah dari Pulau Pinang; Mohammad Azli Razali, 31 pensyarah dari Pulau Pinang; Mohd Firdaus Rasul Shahrazi Abd Aziz, 19 eksekutif jualan dari Selangor; Mohd Nabil Md Salleh, 21 tukang masak dari Kedah; Muhammad Izzat Che Omar, 22 pelajar dari Selangor; Nor Asmawati Nor Din, 35 chef & pensyarah dari Selangor; Syamzairina Muhammad Sham, 31 chef hotel dari Kuala Lumpur; Sharifah Hamidah Syed Mohsin, 21 pelajar dari Selangor; dan Tan Yeok Ping, 31 pengajar masakan dari Pulau Pinang.

Sepuluh finalis ini diberikan taklimat pengenalan produk MAGGI, sesi penampilan diri, sesi nutrisi makanan, sesi bersama Fara Fauzana. Peserta juga dibawa ke Sri Pentas untuk menghadiri majlis pelancaran program Maggi Mencari Bintang.
Read More>>
 
 
video
  Maggi Mencari Bintang Episod 4
  Dalam episod keempat, sepuluh finalis meneruskan cabaran dan diberi tugasan pertama bertemakan Sajian ala Malaysia. Kejutan bermula apabila peserta dikejutkan pada jam satu pagi dan diberikan klu untuk mencipta resepi.
Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan kumpulan kuning. Lima orang peserta mewakili setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengubahsuai kembali dua resepi ahli kumpulan dan masa yang diberi lima belas minit.

Cabaran memasak bermula dan setiap kumpulan diberikan masa tiga puluh minit untuk menyediakan sajian mengikut tema yang diberi dan bersaing untuk memenangi hati juri. Juri profesional telah menilai dan memberikan komen berdasarkan sajian yang dihasilkan dan menentukan kumpulan manakah yang gagal dalam cabaran ini.

Debaran peserta semakin terasa, kumpulan kuning gagal dalam tugasan yang diberi dan salah seorang peserta telah disingkirkan. Nabil peserta pertama tersingkir dalam Maggi Mencari Bintang.
Read More>>
 
 
video
  Maggi Mencari Bintang Episod 5
  Episod kelima, sembilan finalis meneruskan cabaran mereka. Pada kali ini tugasan yang diberikan kepada mereka ialah menyediakan sajian makanan untuk kanak-kanak yang cerewet.

Kumpulan merah masih kekal dengan ahli kumpulan mereka seramai lima orang dan kumpulan kuning kini tinggal berempat sahaja. Setiap kumpulan diminta bertemu dengan kanak-kanak untuk mendapatkan informasi tentang sajian digemari.

Kedua-dua kumpulan diberi masa tiga puluh minit untuk menyediakan sajian mengikut tema yang diberi dan bersaing untuk memenangi hati juri.

Selebriti jemputan, Erin dari Kelab Disney Malaysia bersama empat orang little chef diundang bagi merasa dan menilai sajian yang disediakan oleh peserta-peserta. Juri profesional telah menilai dan memberikan komen berdasarkan sajian yang dihasilkan dan menentukan kumpulan manakah yang gagal dalam cabaran memasak.

Debaran peserta semakin terasa, kumpulan merah gagal dalam tugasan yang diberi dan salah seorang peserta telah disingkirkan. Asma peserta kedua tersingkir dalam Maggi Mencari Bintang.
Read More>>
 
 
video
  Maggi Mencari Bintang Episod 6
  Dalam episod keenam, lapan finalis meneruskan cabaran mereka. Kali ini memerlukan peserta menyediakan Sajian ala Barat.

Bilangan peserta dalam kumpulan merah dan kuning telah seimbang dengan penyingkiran Asma. Kedua-dua kumpulan mempunyai empat ahli. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta dua resepi dan masa diberi lima belas minit.

Cabaran paling mengejutkan peserta ialah pertukaran resipi dengan kumpulan lawan.

Kedua-dua kumpulan diberikan masa tiga puluh minit untuk menyediakan sajian mengikut tema yang diberi dan bersaing untuk memenangi hati juri. Juri profesional telah menilai dan memberikan komen berdasarkan sajian yang dihasilkan dan menentukan kumpulan manakah yang gagal dalam cabaran memasak.

Bahang penyingkiran mendebarkan peserta, kedua-dua kumpulan gagal dalam tugasan yang diberi dan salah seorang peserta telah disingkirkan. Rina peserta ketiga tersingkir dalam Maggi Mencari Bintang.
Read More>>