Connect
with us



Great Question!

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah cara kami menghasilkan mi MAGGI® sebelum ianya tiba kepada anda?

Dengan ini, kami berbesar hati untuk berkongsi cara penghasilan mi MAGGI® kegemaran rakyat Malaysia.

Ia bermula dengan langkah yang penuh cermat dan berhati-hati dari penanaman gandum terpilih dan cara kami memasak perencahnya.

HANYA REMPAH-RATUS "GRED A"

Semangkuk mi MAGGI® yang lazat semestinya dihasilkan daripada rempah-ratus terbaik.

REMPAH-RATUS TERBAIK

Gabungan Rempah-ratus dari serata dunia dan hanya yang terbaik digunakan.

ADUNAN SEMPURNA

MASAK SEHINGGA PECAH MINYAK

Kami mengikut cara penyediaan rempah seperti di rumah; dimasak hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa rempah-ratus dan cili.

PENGERINGAN SEMULA JADI

Pes kari akan dibiarkan sejuk sebaik dimasak untuk dikeringkan secara sendiri tanpa perlu bahan pengawet tiruan.

Adakah informasi ini berguna untuk anda?

KISAH GANDUM TERPILIH

Setiap pengalaman bermakna bersama MAGGI® semestinya bermula dengan mi MAGGI®. Ia diperbuat daripada gandum terpilih dari Australia bagi menghasilkan sajian terbaik seisi keluarga.

MI LAZAT
DARIPADA
2 JENIS GANDUM

Gandum juga merupakan mi kami diperbuat daripada campuran gandum kasar Australia dan gandum putih premium Australia untuk tekstur dan kekenyalan mi yang diinginkan. Gandum merupakan sumber baik untuk protein yang diperlukan tubuh.

MENGEKALKAN
KEBAIKAN

Bagi memastikan mi kami kekal, semua lembapan akan dinyahkan untuk segar sepanjang proses pembuatan, segala lembapan akan dihilangkan untuk mengelakkan mi rosak dan zat-zat dapat dikekalkan.

Adakah informasi ini berguna untuk anda?

BUKAN SEKADAR SIJIL HALAL

Bukan setakat pensijilan Halal, kami berpegang kepada prinsip halal dalam gaya hidup dan tunjang kepada proses pengilangan kami.


 

Adakah informasi ini berguna untuk anda?

Menyajikan Hanya Yang Terbaik

Kami memastikan hanya bahan bahan yang terbaik dan berkualiti tinggi digunakan serta kawalan kualiti yang cukup ketat.

Adakah informasi ini berguna untuk anda?


Kenali kami dengan lebih mendalam

Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila rujuk soalan-soalan lazim di bawah.

Tidak. Tepung mi MAGGI® kami diperbuat 100% daripada gandum Australia yang dikukus, digoreng, disejuk dan dikeringkan. Langkah-langkah ini penting bagi memastikan tekstur mi dalam keadaan baik untuk disimpan lama selain mengelakkan daripada mi melekat.
Mi MAGGI® mematuhi peraturan keselamatan makanan antarabangsa serta tempatan dan selamat untuk dimakan.
Pengambilan yang dicadangkan berdasarkan keperluan pemakanan harian. Secara purata, semangkuk mi MAGGI® dengan bahan-bahan segar menyumbang 20% daripada keperluan kalori harian dewasa (2,000 kcal). Sila rujuk fakta pemakanan pada label untuk maklumat lanjut berkaitan jumlah kalori produk MAGGI® tersebut.
Sebenarnya, cara kami hasilkannya tidak jauh berbeza daripada apa yang anda buat di dapur sendiri. Bezanya, kami menghasilkannya pada skala lebih besar.

Mula-mula, kami dapatkan gandum berkualiti dikisar segar dari Australia. Gandum ini diuli menjadi doh, kemudian digelek nipis sebelum dipotong kepada bentuk mi. Kemudian mi ini dikukus, digoreng, disejuk dan dikeringkan untuk kekal segar.

Perencah kari kami diperbuat daripada cili sebenar dan 12 rempah-ratus berkualiti tinggi. Adunan cili dan rempah ini dimasak hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa cili serta rempah-ratus yang menjadi asas kepada rasa kari.
Ya. Mi MAGGI® kami diperbuat daripada gandum Australia yang merupakan sumber protein yang baik. Perencah kami juga diperbuat daripada rempah-ratus sebenar. Kami menggalakkan anda untuk melengkapkan hidangan mi MAGGI® dengan sayur-sayuran segar dan sumber protein kesukaan anda untuk hidangan yang seimbang dan lebih nilai nutrisi.

Kami juga merupakan satu-satunya jenama mi segera di Malaysia yang menghasilkan MAGGI® Oatmee dengan kebaikan oat yang merupakan sumber serat yang bagus. Cubalah hari ini dan kongsikan pendapat anda!
Tiada makanan yang lengkap dan mampu memberi anda semua khasiat yang diperlukan tubuh. Anda dicadangkan untuk mengamalkan keseimbangan dan makan pelbagai jenis makanan secara sederhana untuk mendapatkan kesemua khasiat yang tubuh perlukan.
Ya dan kami menggunakan MSG (penambah perisa yang dibernarkan oleh badan penguatkuasa makanan tempatan) dalam kuantiti yang kecil untuk perencah mi bagi mempertingkatkan rasa mi MAGGI kegemaran anda. MSG juga boleh didapati secara semulajadi dalam makanan seperti tomato, kacang pis, cendawan, malah juga keju.
Mi MAGGI® kami mematuhi peraturan keselamatan makanan antarabangsa dan tempatan dengan sepenuhnya dan selamat untuk dimakan. Sekiranya anda hamil dan mengalami isu kesihatan, kami menyarankan agar anda mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan atau pemakanan.

Lapar dan perlukan idea?
Dapatkan inspirasi dari dapur kami.

MAGGI GORENG AYAM

Keenakan MAGGI goreng seimbang dengan bahan segar & ayam!

Lihat resipi

MAGGI MI HAILAM

Betul-betul enak…mi bersalut kuah pekat berasa yang penuh rencah.

Lihat resipi

MAGGI GORENG TOM YAM

Gorengan penuh bahan segar dengan aroma & rasa tom yam mengancam!

Lihat resipi

MAGGI GORENG BASAH

Kuah enak dengan sayur dan rencah yang bersalut!

Lihat resipi
language: 
translated title url: 
/from-our-kitchen