Connect
with us



 

Pintar Memasak

Pelbagaikan cara memasak hidangan yang lebih sihat.

Bangkitkan Rasa dengan Cara Memasak yang Sihat

Mendapat zat bagus bukan setakat memakan makanan yang sesuai dengan tubuh, tetapi turut meliputi teknik penyediaan yang memelihara kebaikan-kebaikannya. Penyediaan makanan yang sihat sentiasa dianggap berkos tinggi dan kurang lazat tapi sebenarnya tidaklah benar! Penyediaan makanan sihat juga mampu menjadi lazat dan menyelerakan.

Klik di sini

Segalanya Tentang Menghasilkan Sajian
Yang Enak, Seimbang dan Bernutrisi!

Teknik-teknik memasak ini mampu mengekalkan kandungan zat dalam makanan kita sediakan tanpa mengabaikan rasanya. Jom kita lihat!



Kenapa Pilih Mengukus?

Mengukus adalah teknik yang biasanya melibatkan air mendidih untuk memasak.

  • Mengukus sekadar memerlukan air dan haba
  • Tidak memerlukan minyak atau lemak, justeru kurang kalori
  • Mengekalkan rasa, warna, bentuk, tekstur dan zat makanan
  • Makanan dimasak turut masak dalam jusnya sendiri

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Kukus

Sayur-sayuran seperti lobak merah, asparagus, brokoli, kubis bunga dan kubis
Ikan dan kerang-kerangan
Ladu (dumpling) berintikan sayuran atau daging pejal

Petua Mengukus

  • Hanya letakkan makanan dalam pengukus apabila air mendidih
  • Mengukus terlalu lama akan mengakibatkan tekstur makanan rosak dan hilang zat.
  • Untuk mengukus seekor ikan, anda digalakkan mengukusnya selama 10-15 minit; sayur-sayuran selama 3-5 minit.

Makanan dikukus hebat rasanya! Cubalah resipi-resipi hebat ini di MAGGI®!

Kenapa Pilih Memanggang?

Memanggang adalah teknik memasak makanan di atas sumber haba, biasanya arang, kayu, gas atau pemanggang elektrik yang dipisahkan dengan jejaring atau alas besi.

  • Mempertingkatkan rasa makanan
  • Kurang berminyak
  • Mengurangkan kadar kehilangan zat

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Panggang

Daging tanpa lemak dan lembut seperti stik daging lembu dan cop biri-biri
Dada dan paha ayam tanpa kulit, kebab, sosej
Potongan/ketulan sayuran seperti terung, lada benggala dan tomato

Petua Memanggang

  • Elakkan dari memanggang terlalu lama, bahagian yang hangus adalah tidak menyihatkan.
  • Perap dengan betik atau nenas untuk melembutkan daging.

Makanan dipanggang sememangnya hebat! Cubalah resipi-resipi ini di MAGGI®!

Kenapa Pilih Gelombang Mikro?

Ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan menggetarkan molekul air dalam makanan, yang menyebabkan makanan menjadi panas dan dimasak dengan cepat.

  • Tidak memerlukan minyak
  • Bagus untuk mengekalkan vitamin c dan zat-zat lain
  • Makanan dimasak sekata, rasa dan tekstur makanan terjaga

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Gelombang Mikro

Telur
Sayur-sayuran seperti kentang dan brokoli, ikan dan daging
Pasta, mi, nasi

Petua Memasak Dengan Gelombang Mikro

  • Kacau makanan bagi memastikan haba disebarkan sama rata
  • Bagi membantu penyebaran haba, tambahkan satu hingga dua sudu air

Memasak dengan gelombang mikro adalah teknik yang sihat! Cubalah resipi-resipi ini di MAGGI®!

Kenapa Pilih Menggoreng Kilas?

Goreng kilas adalah teknik menggoreng makanan bersaiz kecil dengan pantas menggunakan haba yang sangat tinggi di dalam kuali berminyak.

  • Menggunakan sedikit minyak
  • Disebabkan dimasak pantas, zat makanan dapat dikekalkan
  • Rasa, warna dan tekstur makanan turut dikekalkan

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Goreng Kilas

Daging tanpa lemak dan lembut; udang, sotong atau ikan isi putih
Sayur-sayuran yang dipotong kecil
Nasi dan mi

Petua Memasak Dengan Tumis Goreng

  • Penggunaan minyak diminimumkan
  • Masukkan dahulu sayur yang mengambil masa lama untuk masak. Contohnya, batang sayur dimasukkan dahulu sebelum daunnya
  • Elakkan daripada sayur terlebih masak dengan mencelurnya terlebih dahulu sebelum digoreng kilas
  • Untuk menggoreng kilas ayam, potong daging kecil-kecil untuk memastikannya masak menyeluruh

Banyak sekali kebaikan memasak secara goreng kilas. Cubalah resipi-resipi ini di MAGGI®!

Kenapa Pilih Mencarak?

Mencarak adalah teknik memasak yang menggunakan sedikit cecair yang panas tetapi tidak mendidih. Suhuhnya adalah sekitar antara 160°F dan 180°F (75°C - 80°C).

  • Tidak memerlukan minyak
  • Rasa akan menyerap masuk ke dalam makanan melalui cecair yang diperasakan
  • Cara yang lebih baik mengekalkan asid lemak omega-3 dalam ikan

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Mencarak

Telur
Ayam dan ikan
Buah-buahan seperti pear dan epal

Petua Memasak Dengan Mencarak

  • Gunakan thermometer untuk mengagak suhu cecair digunakan untuk memasak atau perhatikan jika mendidih dan sesuaikan suhu jika perlu
  • Elakkan daripada makanan menyentuh permukaan bekas memasak atau berisiko menjadikannya masak terlalu cepat dan hangus

Ketahui teknik mencarak makanan anda dan nikmati perbezaan rasanya! Sememangnya pilihan yang sihat, jadi apa kata anda dapatkan resipi ini yang menggunakan teknik sihat yang lain seperti mencelur, merebus atau mereneh.

Kenapa Pilih Makan Secara Mentah?

Seperti namanya, ia merujuk kepada makanan yang tidak dimasak atau mentah.

  • Tidak memerlukan minyak
  • Tiada zat hilang
  • Memperhebatkan rasa kepada makanan yang dimasak, seperti menambah bawang mentah kepada hidangan yang siap dimasak

Bahan-Bahan Sesuai Dimakan Mentah

Sayur-sayuran seperti timun, tomato dan bawang mentah

Petua Memakan Makanan Mentah

  • Sayur-sayuran mempunyai kandungan Vitamin C terbanyak apabila dinikmati mentah.
  • Kebanyakan sayur adalah dimakan mentah, menjadikan anda memakan lebih vitamin, mineral dan serat serta tiada gula atau lemak.

Resipi makanan mentah seperti salad adalah mudah dibuat. Bahan-bahan mentah juga memberikan zat tambahan kepada sajian yang telah dimasak. Cubalah hari ini!

Memasaklah Dengan Bijak! Gunakan Ini Sebagai Pilihan Lebih Sihat

Tidak perlu kompromikan rasa. Berikut adalah beberapa pengganti yang sihat untuk membantu mengurangkan jumlah garam, gula dan kalori untuk hidangan yang lebih sihat dengan rasa yang hebat!

Sekiranya resipi anda
menggunakan bahan-bahan ini:

Gantikannya dengan
atau tambah:


Beras


Beras perang
(Kaya dengan serat)


Santan


Yogurt rendah lemak
(Kaya dengan kalsium)


Kuah Salad


Yogurt rendah lemak
(Kaya dengan kalsium)
Minyak zaitun
(Mengandungi lemak yang baik)
atau Jus Lemon
(Penuh Vitamin C)


Gula


Buah-buahan segar
(Kaya dengan Vitamin)


Memilih Sumber Lemak Yang Betul

Lemak mungkin mempunyai persepsi yang buruk tetapi kita perlu memahami bahawa tidak semua lemak adalah sama. Walaupun lemak yang memudaratkan boleh merosakkan kesihatan anda, lemak yang baik memainkan peranan penting dalam diet anda - penting untuk kesihatan fizikal dan emosi anda. Ketahui perbezaan antara lemak yang bagus dan memudaratkan serta menyertakan lebih banyak lemak dalam pemakanan untuk meningkatkan emosi, menaikkan tenaga dan kesihatan anda.

Translemak dan lemak tepu juga dikenali sebagai ‘lemak memudaratkan”. Lemak ini meningkatkan tahap kolesterol tidak baik, merendahkan kolesterol baik dan meningkatkan risiko penyakit jantung serta keadaan kronik lain.


Trans lemak - sumber utama termasuk:



Makanan ringan dipek seperti biskut dan kerepek



Marjerin



Daging merah seperti lembu, kambing, dan kulit ayam



Produk tenusu penuh lemak seperti susu, krim dan keju

Lemak mono tak tepu dan poli tak tepu juga dikenali sebagai “lemak bagus”. Ia bagus untuk jantung, kolesterol dan kesihatan anda secara amnya.


Lemak mono tak tepu: sumber yang baik termasuk:



Minyak zaitun, canola, kacang dan bijan



Avokado



Ikan berlemak seperti salmon, tuna, kembung, dan sardine



Tauhu dan susu soya


Panduan Lengkap Menyimpan Makanan di Dapur

Menyimpan di tempat yang betul mampu membuatkan barangan dapur anda tahan lebih lama.

Pintu

• Elakkan daripada meletakkan makanan mudah rosak berdekatan pintu kerana ia adalah bahagian peti sejuk paling hangat


• Sebaliknya letakkan sos, perasa, minuman ringan, jus dan air minum

Bahagian Sejuk Beku

• Suhu dalam peti sejuk hendaklah dikekalkan pada 0°F (-18°C)


• Sesuai untuk daging beku disimpan dalam bekas kedap udara dan aiskrim

Rak Atas

• Rak atas biasanya mempunyai suhu konsisten


• Sesuai untuk makanan yang selalu ingin anda nampak apabila peti sejuk dibuka seperti produk tenusu, minuman atau makanan sedia dimakan.

Rak Bawah

• Ini adalah bahagian paling sejuk dalam peti sejuk


• Sesuai untuk menyimpan daging dan ayam mentah yang dibungkus atau diletakkan atas pinggan dan telur di tempat khasnya.

Ruang Pendingin

• Ruang ini biasanya sedikit lembap, jadi memang sesuai untuk menyimpan tanaman baru dipetik.


• Sesuai untuk menyimpan buahan dan sayuran yang menghasilkan gas menyebabkan simpanan lain jadi berbintik dan lembik.


• Khaskan satu tempat untuk daging

Klik untuk info lanjut.

Pantri: Rak Atas

• Simpan makanan dalam tin di sini untuk tahan lama hingga 2 tahun. Pastikan suhu adalah sekitar 37°C

Pantri: Rak Tengah

• Mayonis dan mentega kacang boleh disimpan di pantry. Simpan mayonis di dalam peti sejuk sebaik dibuka.

Pantri: Rak Bawah

• Simpan kentang di sini kerana keadaannya yang sejuk, kering dan mempunyai aliran udara baik


• Simpan bawang berasingan kerana kentang dan bawang mengeluarkan gas yang masing-masing menyebabkannya cepat rosak


• Sesetengah buah menjadi masak pada suhu bilik


• Tomato masak dengan baik dan tidak hilang rasanya apabila diletakkan luar peti sejuk

Klik untuk info lanjut.

Pastikan barangan dalam peti sejuk tersusun sebaik mungkin untuk lebih ruang dan mudah dicapai

Setelah menambah perasa (sos, campuran dan penaik rasa) ke dalam masakan, pastikan untuk merasanya sebelum menambah garam

Simpan lebihan makanan dalam bekas atau beg lutsinar agar mudah dicari

Buang makanan yang telah rosak atau luput tarikhnya

Bersihkan peti sejuk sekerap mungkin bagi mengelakkan bau, kotoran dan kulat