Connect
with us



 

Pemakanan Sihat

Ketahui kepentingan nutrisi dan pemakanan yang sihat.

MUAT TURUN PDF

Piramid Makanan Rakyat Malaysia

Piramid Makanan ini direka untuk panduan makan yang lebih sihat. Ketahui jumlah zat yang diperlukan dalam setiap hidangan untuk kekal sihat.

  • Piramid Makanan Rakyat Malaysia adalah panduan bergambar mudah mengenai jenis dan saiz makanan yang anda patut ambil setiap hari.

  • Ia mengandungi tahap-tahap yang mewakili 5 jenis kumpulan makanan.

Klik untuk info lanjut.

  • Kawal pengambilan lemak, minyak & gula

  • Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam berlebihan menyumbang kepada risiko penyakit kronik lebih tinggi seperti obesity, diabetes, penyakit kardiovaskular, hipertensi dan kanser.

  • Susu dan produk tenusu

  • Protein dan kalsium adalah penting dalam memperbaiki tisu badan dan membina tulang yang kuat.

  • Makan dengan sederhana.

  • Ikan, ayam, daging, telur, dan kekacang.

  • Sumber protein, yang digunakan untuk membina dan penting dalam pembaikan tisu badan.

  • Makan dengan sederhana.

  • Sayur-sayuran

  • Sumber serat, vitamin dan mineral yang membantu menguatkan system imun.

  • Makan dengan banyak.

  • Buah-buahan

  • Sumber serat, vitamin dan mineral yang membantu menguatkan system imun.

  • Makan dengan banyak.

  • Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi.

  • Sumber utama karbohidrat yang memberikan tenaga untuk aktiviti seharian.

  • Makan secukupnya.

Pinggan Sihat Malaysia

Suku Suku Separuh adalah kadar pengambilan makanan dicadangkan daripada pelbagai kumpulan makanan dalam pinggan anda.

Berapakah jumlah dan nilai nutrisi yang ada? Kini anda boleh mengagaknya!

Suku
Protein untuk TUMBESARAN (GROW)

Daging, ikan, telur, kekacang dan tauhu terus menjadikan kita kuat dan sihat.

Suku Karbohidrat untuk TENAGA (GO)

Nasi, mi, roti, produk bijirin dan bijirin penuh memberikan kita tenaga untuk bekerja dan bergerak.

Separuh Buah-buahan & Sayuran untuk BERSERI (GLOW)

Sayur-sayuran hijau berdaun dan buah-buahan kaya dengan serat seperti epal, oren, pisang dan betik melindungi tubuh daripada penyakit dan turut menjadikan hidangan menarik dilihat.

Saiz hidangan adalah di bawah kawalan anda!

Gunakan tangan anda sebagai panduan.

3 Perkara Utama Untuk Disemak Sewaktu Membaca Label Zat

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah erti jadual zat yang tertera di pek? Ia bertujuan memberitahu anda kandungan zat yang terdapat dalam hidangan. Gunakannya untuk melihat kiraan tenaga (kalori), protein, karbohidrat, lemak, gula dan pelbagai zat penting lain yang terdapat dalam produk, seperti serat, vitamin dan mineral. Buatlah pilihan yang bijak dengan memahami dan membuat perbandingan kandungan zat.




GUIDELINE DAILY AMOUNTS (GDAS)

Guideline Daily Amounts (GDAs) adalah label yang menunjukkan jumlah kalori yang terdapat dalam hidangan.

  1. Setiap hidangan mempunyai 309kcal, hanya 15% daripada keperluan harian dewasa.
  2. Individu dewasa secara puratanya memerlukan 2000 kalori sehari.

LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT

Logo Pilihan Lebih Sihat memberikan maklumat kepada pengguna dalam membuat pilihan berkaitan pemakanan. Produk makanan dengan logo ini adalah disahkan memenuhi kriteria zat yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini turut:

  • Membantu pengguna membuat pilihan pembelian makanan dengan hanya menyemak label.
  • Membantu pengguna mengenalpasti produk makanan lebih sihat dalam kategori makanan yang sama.
  • Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat.

Tuntutan Kandungan Zat

Tuntutan kandungan zat bertujuan menerangkan tahap zat yang terkandung dalam makanan.

  • Tinggi kandungan serat
  • Tinggi kandungan protein
  • Rendah lemak
  • Rendah gula
  • Rendah garam