Connect
with us



8 pax   20 minit

Bahan-Bahan

500 g dada ayam, dipotong tebal
Minyak secukupnya untuk goreng
3 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar Stok Ayam Pekat MAGGI®
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
Untuk dikisar
5 batang serai
3 ulas bawang putih
20 g halia
3 bawang merah
1 batang daun kari
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu teh serbuk jintan putih
1½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan manis

Cara Memasak

1. Malam sebelum memasak, kisarkan serai, bawang putih, halia, bawang merah, serbuk kari, serbuk cili, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.

2. Kemudian, perap ayam dengan bahan yang telah dikisar serta Sos Tiram MAGGI®, Stok Ayam Pekat MAGGI®, madu, minyak bijan dan kicap cair. Biarkan perapan semalaman.

3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam yang telah diperap sehingga warnanya perang keemasan.

4. Hidangkan panas-panas, pasti terliur seisi keluarga dibuatnya!

Shop Maggi® now