Connect
with us



12 pax   30 minit

Bahan-Bahan

1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
400 g tepung
100 g marjerin
300 ml air
3 sudu besar MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Briyani
100 g sayur campur beku
3 ulas bawang putih, dicincang
1 bawang merah, dicincang
200 ml air
300 g isi ayam, dipotong kiub
1 tangkai daun kari
1 sudu besar minyak jagung

Cara Memasak

1. Di atas permukaan yang bersih, gaul dan ulikan tepung, MAGGI® CukupRasa™, marjerin dan air sehingga ia menjadi adunan. Biarkan adunan selama 10 minit.

2. Di dalam kuali, tumiskan MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Briyani, sayur campur beku, bawang putih, bawang merah, air, dada ayam dan daun kari selama 5 minit. Kacau sehingga tumisan agak kering.

3. Cubitkan 20 gram adunan daripada adunan besar tadi dan uli sehingga ia menjadi rata. Potong bentuk bulat dan isikan ayam di dalam sebelum dikepitkan menjadi bentuk karipap.

4. Ulang langkah yang sama sehingga habis dan biarkan seketika.

5. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan goreng karipap tersebut selama 5 minit atau sehingga garing dan berwarna kuning keemasan.

6. Hidangkan karipap panas bersama secawan teh, sememangnya kombinasi yang menyelerakan!

Shop Maggi® now