Connect
with us



4 pax   30 minit

Bahan-Bahan

600 g nasi sejuk
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
4 biji bawang merah, dihiris nipis
50 gm isi dada ayam, dihiris nipis
50 ml kangkung, dihiris nipis
4 tangkai cili padi, dihiris nipis
2 sudu besar ikan bilis goreng
1 paket MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Goreng Kampung

Cara Memasak

1. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali dengan berhati-hati. Kemudian masukkan bawang merah dan isi dada ayam serta tumis sehingga isi ayam betul-betul masak.

2. Selepas itu, pecahkan telur di atas kuali dan gaulnya bersama bahan-bahan tadi.

3. Setelah semuanya bergaul rata, masukkan nasi dan gaul hingga sekata.

4. Akhir sekali masukkan kangkung, cili padi, ikan bilis goreng dan MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Goreng Kampung. Goreng sehingga semuanya sekata lebih kurang 1 minit.

5. Hidangkannya panas-panas dan pastinya keluarga berebut-rebut untuk menikmati sajian ini.

Info Nutrisi

Energy 377Kcal

Protein 12g

Fat 9g

Carbs 62g

Shop Maggi® now