Connect
with us



8 pax   3 jam 30 minit

Bahan-Bahan

1 kg ayam kampung, saiz sederhana
8 kurma merah
2 kurma
20 g buah goji beri
8 keping dang gui
30 g dang sheng, dipotong 4cm panjang
30 g huai shan
30 g isi longan kering
30 g yu zhu
1 sudu besar sos kicap cair
1 sudu besar Stok Ayam Pekat MAGGI®
1 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
150 ml air
2 sudu kecil tepung jagung

Cara Memasak

1. Mula-mula, bersihkan dan keluarkan usus ayam, biarkan kulitnya.

2. Perap ayam dengan kicap cair, Stok Ayam Pekat MAGGI® dan sesudu MAGGI® CUKUPRASA™.

3. Bila ayam telah disalut sempurna, perapkan ayam dan biar semalaman dalam peti sejuk.

4. Keesokan harinya, gaulkan ayam yang telah diperap sempurna bersama herba.

5. Potong kertas aluminium yang besar hingga cukup untuk membalut ayam dan letakkannya di atas pinggan bersaiz besar.

6. Penuhkan huai shan di atas atas kertas aluminium, letakkan ayam di atasnya.

7. Gaulkan kesemua kurma merah, kurma, buah goji beri, dang gui, dang sheng, huai shan, isi longan kering dan yu zhu, sumbat ke dalam dan atas ayam.

8. Ketepikan ayam dan mula sediakan air rebusan. Campurkan Stok Ayam Pekat MAGGI®, MAGGI® CUKUPRASA™, tepung jagung dan air. Kacau hinggga sebati.

9. Setelah air rebusan siap, tuangkan pada ayam.

10. Balutkan ayam dengan ketat menggunakan kertas aluminium. Letakkan ayam dalam pengukus dan stim pada suhu yang tinggi selama 3 hingga 3.5 jam atau hingga ayam menjadi empuk.

11. Hidangan yang enak untuk dikongsi bersama keluarga. Nikmatinya bersama sayur goreng dan mi.

Shop Maggi® now