Connect
with us



6 pax   1 jam

Bahan-Bahan

1 ekorikan bawal putih, 600-800 gram, dicuci dan dibilas
3 cmhalia muda, dibuang kulit dan dihiris nipis
1 sudu kecilMAGGI® CUKUPRASA™
3 ulasbawang putih, dicincang
2 sudu besarminyak masak
1 sudu kecilminyak bijan
1/2 sudu kecilSos Perasa MAGGI®
1 sudu kecilSos Tiram MAGGI®
1 sudu kecilMAGGI® CUKUPRASA™
3 sudu besarair
3 tangkaidaun ketumbar, untuk hiasan
2 tangkaidaun bawang, dicincang, untuk hiasan

Cara Memasak

1. Mula-mula, siang ikan bawal dan cuci.

2. Keringkan bawal dengan tisu dan belah secara serong pada atas ikan.

3. Lumurkan MAGGI® CukupRasa™ dan letakkannya di atas pinggan yang tahan panas. Perap selama 1 jam.

4. Susun halia yang telah dihiris atas ikan.

5. Campurkan Sos Perasa MAGGI®, Sos Tiram MAGGI®, MAGGI® CukupRasa™ dan air dalam mangkuk.

6. Tuangkan sos perasa atas ikan dan stim dengan suhu tinggi selama 15 minit atau hingga ikan masak sepenuhnya.

7. Sementara ikan dikukus, goreng bawang putih hingga warna keemasan dalam kuali.

8. Tuang dalam mangkuk kecil dan campurkan minyak bijan.

9. Alihkan ikan daripada pengukus, tuangkan bawang putih goreng dan minyak bijan di atasnya. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan serta-merta.

10. Lebih enak dinikmati ketika panas dengan nasi dan sayur goreng.

Shop Maggi® now