Connect
with us



6 pax   45 minit

Bahan-Bahan

500 g isi dada ayam, dibersihkan dan dipotong dada
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
4 batang cili kering, dikisar kering hingga halus
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan manis
Untuk dikisar dengan 100ml air
2 batang serai
2 sm lengkuas
5 ulas bawang putih
3 sm halia
2 sm kunyit
7 ulas bawang merah

Cara Memasak

1. Campurkan serai, lengkuas, bawang putih, halia, kunyit dan bawang merah dalam satu mangkuk. Masukkan ke dalam pengisar dan kisarkan dengan 100ml air.

2. Selepas bahan-bahan itu dikisar, masukkannya kembali ke dalam mangkuk tadi, campurkan Sos Tiram MAGGI®, cili kering, gula, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.

3. Kemudian, salut ayam dengan bancuhan beraroma ini dan perap selama 30 minit.

4. Selepas diperap, panaskan minyak dalam periuk dan gorengkan ayam sehingga kering.

5. Hidangkan panas-panas bersama ketupat, timun dan hirisan bawang.

Shop Maggi® now