Connect
with us



4 pax   30 minit

Bahan-Bahan

200 g Isi ikan segar, dihiris nipis
1 cawan Perahan limau nipis
4 biji Bawang Merah, dihiris nipis
5 sm Halia Muda, dimayang halus
6 biji Cili Padi, dihiris nipis
1 biji Cili Merah, dihiris nipis
10 g MAGGI® CukupRasa™
50 g Buah Peria, dihiris nipis
50 g Betik Muda, dihiris nipis
50 g Mangga Muda, dihiris nipis

Cara Memasak

1. Mula-mula bersihkan ikan dan potong isinya nipis-nipis.

2. Kemudian di dalam mangkuk sederhana, campurkan ikan, perahan limau nipis, bawang merah, halia muda, cili padi, cili merah dan MAGGI® CukupRasa™ serta biarkan ia selama 10 minit.

3. Untuk mengurangkan kepahitan buah peria, salutnya dengan garam dan kemudian basuh dengan air lalu.

4. Setelah itu, barulah masukkan buah peria, betik muda dan mangga muda dan digaul sekata.

5. Biarkan ia di dalam peti sejuk sehingga masa untuk menghidang.

6. Sesuai dijadikan sebagai salad atau pembuka selera.

Shop Maggi® now