Connect
with us



6 pax   30 minit

Bahan-Bahan

2 sudu besar Minyak Jagung
500 gram ikan tongkol, dibuang isi perut dan dibersih
2 biji cili merah, dikisar
10 g halia, dikisar
2 biji bawang besar, dikisar
1 sudu kecil campuran herba (campuran herba biasa seperti selasih, daun marjoram, oregano, daun rosemary, saga, daun thyme)
1 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk adas pedas
3 sudu besar NESTLÉ Natural Set Yogurt
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
400 ml Air
30 gram asam cair, dicairkan dengan 100ml air

Cara Memasak

1. Mula-mula panaskan minyak jagung di dalam periuk.

2. Setelah itu masukkan cili merah, halia, bawang besar, campuran herba, daun kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar dan serbuk adas pedas. Kacau dan tumis kesemua bahan tadi sehingga naik bau serta sehingga pecah minya

3. Kemudian masukkan NESTLÉ Natural Set Yogurt, MAGGI® CukupRasa™, air dan air asam jawa diikuti ikan.

4. Biarkan sehingga ia mendidih dan renehnya lebih kurang 10 minit.

5. Hidangkan panas-panas untuk dinikmati seisi keluarga.

Shop Maggi® now