Connect
with us



6 pax   40 minit

Bahan-Bahan

100 g Salmon sashimi, dihiris nipis
1 batang Lobak merah, diparut panjang
½ Lobak putih, diparut panjang
4 pokok Daun salad hijau cina, diparut
100 g Timun, dibuang biji dan dipotong julienne (panjang/halus)
1 biji Limau bali, dibuang kulit dan ambil isi
50 g Daun bawang, dihiris
3 - 4 tangkai Ketumbar (daun sahaja)
1 paket MAGGI ® Ayam
2 sudu besar Jeruk halia, dihiris
½ biji Capsicum merah, dihiris (pilihan)
2 sudu kecil Minyak bijan
½ biji Lemon, dipotong berbaji
Sos
2 sudu besar Jus lemon
2 sudu besar Gula halus / madu
1 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
2 sudu besar Sos plum
1 paket Perencah daripada MAGGI® Ayam
Untuk taburan
½ sudu kecil Lada putih
½ sudu kecil Serbuk 5 rempah
3 sudu besar Kacang dipanggang dan ditumbuk
2 sudu kecil Biji bijan putih, dipanggang
30 g Emping jagung NESTLÉ Gold Flakes

Cara Memasak

1. Campurkan kesemua bahan-bahan dalam mangkuk kecil.

2. Longgokkan sebukit lobak merah dan lobak putih yang diparut di tengah-tengah pinggan hiding.

3. Susun MAGGI® Mi Goreng Cili Lazat di kelilingnya dan kemudian susunkan pula limau bali dan lain-lain bahan yang telah dihiris atau diparut. Selang-selikan warnanya yang berwarna-warni di sekelilingan longgokan di tengah.

4. Susun salmon sashimi dalam pinggan kecil. Letakkan daun bawang dan ketumbar. Perahkan jus lemon di atas sashimi.

5. Untuk menghidang, tuangkan minyak dan sos ke atas bahan-bahan. Taburkan pula bawang goreng, serbuk rempah, biji bijan, kacang dan emping jagung Gold Flakes. Masukkan hirisan sashimi.

6. Gaulkan Yee Sang menggunakan chopstik setinggi yang boleh sambil melaungkan kemakmuran dan kesejahteraan semua untuk tahun baru.

Shop Maggi® now