Connect
with us



8 pax   3½ JAM

Bahan-Bahan

30 g Yuk Chok
4 tangkai Dong guai
10 g Bei Qi
1 sudu kecil Wolfberries
8 biji Kurma merah (red dates) dibuang biji
30 g Isi longan kering
4 kiub Kiub Stok Ayam MAGGI®
5 liter Air
200 g Daging ayam dihiris
200 g Kerapu atau Ikan Merah, dihiris 1cm tebal
300 g Udang saiz sederhana, dibuang kepala dan dibersihkan
1 paket Bebola ikan
300 g Sayur berdaun hijau pilihan anda seperti kobis cina, bok choy, bayam
1 tin Cendawan butang, dibelah dua
200 g Cendawan segar pilihan anda, seperti Shiitake, Shimeji, Enoki atau Tiram
2 keping Tofu lembut, dipotong empat segi, sederhana besar
2 paket Mi MAGGI® 2 minit (ayam / kari)
Untuk cicah:
2 Cawan MAGGI® Sos Cili Thai

Cara Memasak

1. Didihkan air di dalam periuk besar. Masukkan herba-herba dan biarkan selama 20 minit di atas api sederhana besar. Masukkan kiub Stok Ayam MAGGI®, perencah Mi 2 minit MAGGI® dan biarkan mendidih selama 10 minit lagi.

2. Untuk menghidang, tuangkan stok ke dalam periuk stimbot dan biarkan ia mendidih. Tambahkan bahan-bahan stimbot dan biarkan ia mendidih lagi. Keluarkan bahan-bahan dengan senduk penapis. Hidangkan dengan Sos Cili Thai MAGGI® untuk mencicah.

3. Masukkan Mi MAGGI® 2 minit dan masak selama 2 minit.

Shop Maggi® now