Connect
with us



8 pax   1 jam 30 minit

Bagus Diketahui

Untuk hidangan yang lebih sihat, gantikan beras putih dengan beras perang yang kaya dengan serat dan vitamin B.

Bahan-Bahan

1 ekor ayam ternak biasa atau ayam kampung (saiz sederhana)
1 Kiub Pati Ayam MAGGI®, dihancurkan
1 biji timun, dibelah dua menegak dan dipotong setebal 5 mm secara melintang
Untuk nasi ayam:
3 cawan beras, dicuci dan ditoskan
2 sudu besar minyak kacang
4 ulas bawang putih, dimayang halus
4 ulas bawang merah, dimayang halus
½ cawan air rebusan ayam (daripada ayam yang direbus)
2 sudu besar Pati Ayam Asli MAGGI®
3-4 helai daun pandan
2 inci halia, diketuk
Untuk sos kicap
(digaul dalam mangkuk):
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar air rebusan ayam (daripada ayam yang direbus)
3 sudu kecil minyak bijan
3 sudu kecil minyak bawang putih (bawang putih cincang yang digoreng dengan minyak masak)
Untuk sos cili:
4 biji cili merah
2 biji cili padi (ikut citarasa)
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda, dihiris
100 ml air rebusan ayam (daripada ayam yang direbus)
1 sudu kecil
(atau secukup rasa)
gula
1 sudu kecil
(atau secukup rasa)
MAGGI® CukupRasa™
3 sudu besar
(atau secukup rasa)
Limau kasturi
Untuk Hiasan:
Daun ketumbar
Daun bawang (dipotong)

Cara Memasak

Untuk ayam:

1. Cuci ayam dengan bersih di bawah air yang mengalir.

2. Kemudian, sapu rata Kiub Pati Ayam MAGGI® yang telah dihancurkan pada rongga-rongga dan kulit ayam dan perap selama 1-2 jam.

3. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk kukus atau kuali dan kukus selama 30 minit dengan api yang tinggi atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Anda boleh menggunakan kayu penyepit untuk menyucuk isi ayam untuk memastikan ayam telah masak.

4. Alihkan ayam daripada periuk kukus/kuali dan asingkan air rebusan tadi untuk preparasi nasi, sos kicap dan sos cili.

5. Biarkan ayam seketika sebelum memotong mengikut saiz hidangan yang diingini.

Untuk nasi:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.

2. Masukkan beras ke dalam kuali dan kacau sehingga rata. Kemudian, alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

3. Masukkan air rebusan ayam, Pati Ayam Asli MAGGI® , daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam periuk nasi yang berisi beras.

4. Kacau rata dan biarkan ia masak. Tambahkan sedikit air atau air rebusan ayam jika anda mahukan tekstur nasi yang lebih lembut.

Untuk sos cili:

1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia yang dihiris bersama dengan air rebusan ayam di dalam pengisar sehingga ia mencapai kepekatan yang diingini.

2. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia yang dihiris bersama dengan air rebusan ayam di dalam pengisar sehingga ia mencapai kepekatan yang diingini.

3. Akhir sekali, tutup api dan biar sos menyejuk.

Cadangan Hidangan:

1. Susun atur hirisan timun di atas pinggan bujur.

2. Kemudian, letakkan ayam yang telah dipotong ke atas hirisan timun dan tuang sos kicap ke atasnya.

3. Hias ayam dengan daun ketumbar dan daun bawang yang dipotong.

4. Akhir sekali, hidang semangkuk nasi ayam panas bersama sos cili dan nikmati kelazatan nasi ayam masakan anda sendiri.

Petua Cef: Sos cili boleh disimpan di dalam bekas kaca kedap udara sehingga 1 minggu di dalam peti sejuk.

Info Nutrisi

Energy 411 Kcal

Protein 6.2g

Fat 10g

Carbs 74g

Shop Maggi® now