Connect
with us



6 pax   40 minit

Bagus Diketahui

Bijirin NESTUM® kaya dengan gandum, jagung dan beras.

Bahan-Bahan

1 cawan Bijirin NESTUM® (Perisa Asli)
2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
1 sudu kecil gula
500 g udang bersaiz sederhana, dibuang urat, dicuci dan dikeringkan.
3 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar mentega tanpa garam
3 – 4 biji cili padi, dipotong
7 – 8 tangkai daun kari, dicuci, dibuang tangkai
1 sudu kecil (atau secukup rasa) MAGGI® CUKUPRASA™

Cara Memasak

1. Perapkan udang dengan 2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™ selama 1-2 jam.

2. Masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam kuali panas. Kemudian, goreng udang sehingga garing.

3. Kemudian, angkat dan tos minyak menggunakan tuala kertas dan ketepikan seketika.

4. Seterusnya, panaskan lebihan mentega di dalam kuali yang sama sehingga berbuih dan masukkan daun kari dan cili padi serta goreng di atas api sederhana sehingga naik bau.

5. Kecilkan api dan masukkan campuran bijirin. Goreng sehingga bijirin bertukar warna keperangan dan daun kari garing.

6. Masukkan udang dan goreng sekata sehingga bijirin bertukar perang keemasan.

7. Akhir sekali, tambah MAGGI® CukupRasa™ jika perlu. Tutupkan api dan sedia dihidang.

Info Nutrisi

Energy 175 Kcal

Protein 12g

Fat 7g

Carbs 16g

Shop Maggi® now