Connect
with us



6 pax   20 minit

Bagus Diketahui

Telur sememangnya berkhasiat namun pengambilannya perlu dihadkan kepada maksimum 2-6 telur kuning seminggu

Bahan-Bahan

4 telur, dipukul
50 g udang, dibersihkan, dibuang ekor dan kulit
2 tangkai daun bawang, dihiris 3cm panjang
1 cili merah, dihiris
1 tomato (sederhana), dibuang biji dan dipotong kiub
1 sudu kecil
(atau secukup rasa)
MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar minyak masak
Untuk hiasan: daun bawang, dihiris
daun bawang, dihiris

Cara Memasak

1. Pecahkan telur dalam satu mangkuk bersaiz sederhana.

2. Kemudian masukkan udang, daun bawang, cili merah, tomato dan MAGGI® CukupRasa™. Pukul hingga sebati dengan garpu. Ketepikannya.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali tak melekat sehingga hampir berasap.

4. Masukkan campuran telur dengan perlahan-lahan, sengetkan kuali dan ratakan campuran telur dalam kuali.

5. Biarkan telur masak selama 5 – 8 minit atau sehingga ia menjadi keperang-perangan di bahagian bawah. Kemudian terbalikkan telur dengan sudip, dan biarkan masak.

6. Sediakan pinggan hidangan dan jongketkan telur dadar tadi dengan perlahan-lahan sehingga ia keluar dengan sendiri daripada kuali terus ke pinggan hidangan.

7. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Info Nutrisi

Energy 62 Kcal

Protein 4g

Fat 5g

Carbs 0.2g

Shop Maggi® now