Connect
with us



6 pax   30 minit

Bahan-Bahan

A:
¼ cawan Minyak masak
5 ulas Bawang kecil, dihiris nipis
3 ulas Bawang putih, dihiris nipis
B: (Dikisar)
8 ulas Bawang merah
2 cm Kunyit hidup
3 batang Serai, dikerat halus
600 gram Dada ayam, dipotong ketul
½ cawan Cencalok, toskan airnya
3 helai Daun limau purut, dikoyakkan
C:
½ cawan Jus asam jawa
¼ cawan Air
3 biji Limau kasturi, diperah jusnya
2 sudu besar Gula
2 biji Cili merah, dihiris
2 biji Cili hijau, dihiris
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

2. Keluarkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan B (yang telah dikisar) hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.

3. Masukkan ayam, cencalok dan daun daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam jawa. Kacau dan biar mendidih.

4. Masukkan MAGGI®CukupRasa ™, jus Limau kasturi dan gula.

5. Perlahankan api dan reneh hingga ayam masak dan kuah memekat.

6. Akhir sekali, masukkan bawang merah dan bawang putih goreng tadi, cili hijau dan cili merah. Gaul rata dan siap untuk dihidang!

Info Nutrisi

Energy 208 Kcal

Protein 15g

Fat 12g

Carbs 10g

Shop Maggi® now