Connect
with us



4 pax   40 minit

Bahan-Bahan

1 sudu besar minyak zaitun
A:
1 biji sederhana bawang merah, dipotong
400 gram tauhu keras
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk biji ketumbar
½ cawan serbuk roti bijirin penuh
1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
Sos:
3 biji tomato, dipotong
1 sudu besar chili, dipotong
½ sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar jus lemon
½ sudu kecil MAGGI CukupRasa
100 gram salad campur
8 keping roti gandum penuh

Cara Memasak

1. Ambil tauhu dan keringkan lebihan air pada tauhu menggunakan kain bersih.

2. Masukkan tauhu, bawang merah, serbuk biji ketumbar, serbuk cili, serbuk roti bijirin penuh dan MAGGI CukupRasa ke dalam mangkuk. Kemudian hancurkan sehingga sebati.

3. Ambil 100 gram per patti dan bentukkan menjadi bulat. Mampatkan dan sejukkan dalam peti ais sementara menyediakan sos.

4. Masukkan tomato, cili, serbuk cili ke dalam kuali dan masak sehingga pekat seperti sos tomato.

5. Taburkan MAGGI CukupRasa dan lemon untuk menyedapkan lagi rasa.

6. Dalam kuali tidak melekat, tuangkan sedikit minyak dan masak patti tauhu 2 minit untuk setiap bahagian atau sehingga warna bertukar perang keemasan.

7. Ambil roti bijirin penuh dan letakkan patti tauhu. Tambahkan sos tomato masam. Letakkan juga salad atau keju atau ikut sahaja cita rasa anda.

8. Akhir sekali, apitkan dengan roti bijirin penuh. Lagi sedap bila panas.

Info Nutrisi

Energy 231 Kcal

Protein 14g

Fat 7g

Carbs 28g

Shop Maggi® now