Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

MAGGI® CukupRasa™ Tak Kenal Tak Cinta

MAGGI® CukupRasaTM Meraikan Wanita Cukup Berani

Pernahkah anda mengambil langkah berani untuk cuba sesuatu yang baru? Atau pernah terfikir untuk mencuba namun tidak mempunyai keyakinan?

Kongsikan cerita anda di Facebook atau Instagram kami menggunakan hashtag #takkenaltakcinta #wanitacukupberani (letakkan profil anda ke mod umum!) dan berpeluang memasak bersama Eina Azman serta membuat penampilan khas dalam kempen kami!

Marilah bersama-sama memberikan inspirasi kepada wanita di seluruh Malaysia untuk lebih berkeyakinan mencuba sesuatu yang baru!

Kejar impian dan aspirasi anda!

"Bengkel ini bantu meraikan kejayaan saya! Saya berasa lebih bersemangat dan percaya pada diri! "

"Bengkel ini membuka mata saya untuk lebih kenal diri sendiri. Sebagai seorang wanita, saya berasa lebih yakin dan kuat!"

"Sungguh memberangsangkan! Ilmu yang amat berguna bagi saya untuk memulakan bisnes sendiri."

"Mula-mula, saya akan kongsikan ilmu yang dipelajari menerusi program ini dengan rakan-rakan dan keluarga! Kemudian saya akan mengambil langkah pertama untuk memulakan perniagaan saya."

"Saya akan sentiasa berpegang pada #IamRemarkable!"

"Bengkel ini bantu meraikan kejayaan saya! Saya berasa lebih bersemangat dan percaya pada diri! "

"Bengkel ini membuka mata saya untuk lebih kenal diri sendiri. Sebagai seorang wanita, saya berasa lebih yakin dan kuat!"

"Sungguh memberangsangkan! Ilmu yang amat berguna bagi saya untuk memulakan bisnes sendiri."

"Mula-mula, saya akan kongsikan ilmu yang dipelajari menerusi program ini dengan rakan-rakan dan keluarga! Kemudian saya akan mengambil langkah pertama untuk memulakan perniagaan saya."

"Saya akan sentiasa berpegang pada #IamRemarkable!"

Kami percaya bahawa galakan dan dorongan yang diberikan dapat menghasilkan impak positif kepada rakyat Malaysia.

Sebab itulah, MAGGI® bersama kolaborasi Women Will, sebuah program Grow with Google melancarkan program di seluruh negara bagi memberikan sokongan dan galakan untuk membina keyakinan dan kemahiran keusahawanan para wanita di seluruh negara, agar mereka berani mencuba.

Aktiviti yang dirangka adalah bengkel membina keyakinan, latihan meningkatkan kemahiran komunikasi dan kelas memasak yang akan dilatih oleh tenaga pengajar professional.

1 hari bengkel dengan 4 modul bermanfaat untuk disertai:

Bina Keyakinan

Bagi meningkatkan dan menaikkan keyakinan diri.

Kemahiran komunikasi

Belajar cara berkomunikasi dengan lebih efektif dan bekerja dalam pasukan melalui perbincangan komuniti.

Memulakan Bisnes

Pengenalan asas konsep perniagaan

Kelas Belajar Memasak &
Hidangan Seimbang

Mempelajari cara menghasilkan hidangan lazat yang seimbang.

  • Kota Bharu

    15 JULAI 2020

  • Penang

    18 OGOS 2020

  • Kota Kinabalu

    20 SEP 2020

Bila kali terakhir anda cuba sesuatu yang baru?

Jom buka langkah
Yakinkan diri
Sematkan tekad
...cuba sesuatu yang berbeza hari ini!

#TakKenalTakCinta

Menjadikan sajian kegemaran keluarga anda lebih lazat!

Tip 1s
 
Tip 1s
Tip 1s

Dengan MAGGI® CukupRasa,
dah tak perlu tambah garam!

Kerana ia satu-satunya
penambah rasa yang diperbuat
daripada bawang segar,
dan rempah ratus. Inilah rahsia
untuk sajian yang lebih lazat.

KOLEKSI INSPIRASI
Wanita Berani Mencuba


 

Walaupun gentar, terus berani berjaya di arus penerbangan.

“Bersandarkan minat dan kecekalan hati, saya tetapkan pendirian. Biarpun sudah mendapat tawaran pengajian untuk menjadi guru pada masa itu, saya sanggup teruskan niat untuk sambung belajar di Kolej Tentera Udara dan mengambil jurusan Mekanikal Aeronautikal.

Ini semua demi mengejar cita-cita saya menjadi seorang Juruterbang. Hari ini, saya kecapi seperti apa yang diimpi! Tips saya kepada wanita di luar sana yang ingin berjaya, jangan gentar untuk ambil langkah pertama dan teruslah positif menjalani hari-hari anda.”

Kapten Mardiana Razali
#takkenaltakcinta


 

Bermula dari Pasar Tani, kini Ikon Usahawan Muda 2019

“Saya pernah merasai kesusahan. Kereta saya pernah ditarik, kedai pernah disita dan pernah diisytiharkan bankrap! Lalu saya bangkit. Saya keluar daripada zon selesa. Saya usaha jual kek kecil-kecilan di Pasar Tani sehingga mempunyai bakeri yang berjaya pada hari ini.”

“Kalau tak boleh berlari, anda berjalan. Kalau tak boleh berjalan, anda merangkak. Kalau tak boleh merangkak, anda bergerak. Tapi, jangan berhenti!”

Anne Idris
#takkenaltakcinta


 

Tekad Menempa Cabaran Berbeza

“Niat saya, mahu didik anak-anak mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Jadi saya ambil keputusan untuk jadi pendidik Homeschool untuk mereka. Walaupun saya berdepan dengan cabaran besar dari segi emosi dan kewangan untuk membesarkan anak-anak, saya teguhkan keyakinan. Mana ada kejayaan tanpa bibit kepayahan kan? Apatah lagi mencuba sesuatu yang luar kelaziman.

Yang penting kita tekad untuk teruskan perjuangan. Perasaannya sungguh manis dan puas bila melihat anak-anak sendiri berjaya dan membesar di depan mata. Apapun usaha kita, jangan teragak-agak mencuba. Tekad dan yakin itu perlu sebelum merasai hasilnya selepas itu!”

Puan Hafiza Abdul Rahman
#takkenaltakcinta


 

Kongsi Resipi, Usah Gentar

“Teringat lagi masa kecil, masuk dapur jer ada pinggan yang pecah, pegang sudip jer ada gorengan yang hangus. Eina hampir putus semangat nak teruskan minat ni tapi ibu selalu kata, buat jer! Lama-lama akan pandai juga. Memang betul, hidup ini tak boleh takut mencuba.

Tak sangka sehingga hari ini Eina dah kongsi lebih 1,000 resipi dalam instagram. Kejayaan peribadi yang Eina sendiri tak sangka dan harapnya setiap resipi dapat dimanfaatkan oleh sesiapa jua siapkan hidangan untuk seisi keluarga! Samalah seperti MAGGI(R) CukupRasa(™) yang padat dengan bawang segar dan rempah-ratus, hanya jika kita berani mencuba, kita rasa hasilnya!”

Datin Paduka Eina Azman
#takkenaltakcinta

Sajian Kegemaran Keluarga
Bertambah Enak!

Nak jadikan sajian bertambah enak?
Tambahkan sedikit
MAGGI ® CukupRasa

Ikan Goreng Celup Tepung

Bee Hoon Goreng

Tumisan Kacang Panjang Bersama Telur

Hubungi
kami