Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 45 minit

Bahan-Bahan

4 sudu kecil Minyak masak
A:  
2 batang Kulit kayu manis
4 biji Bunga lawang
6 biji Buah pelaga
6 biji Bunga cengkih
B:  
1 biji Bawang besar, dikisar
5 cm Halia, dikisar
4 ulas Bawang putih, dikisar
C:  
2 sudu besar Serbuk ketumbar
1 sudu besar Serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil Serbuk jintan putih
3 sudu besar Pati tomato
1/2 cawan Sos Tomato MAGGI®
1 helai Daun pandan
400 g Dada ayam
500 g Beras basmati, basuh dan toskan
650 ml Air
2 Sudu besar MAGGI® CukupRasa™

 

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis A hingga wangi.

  2. Masukkan bahan B dan tumis sehingga keperangan.

  3. Masukkan bahan C, gaul 1 minit.

  4. Kemudian, masukkan ayam, tumis selama 1 minit dan ketepikan.

  5. Dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras, air & MAGGI® CukupRasa™, gaul rata.

  6. Masukkan adunan ayam di atas beras dan biarkan ia masak di dalam periuk nasi elektrik.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami