Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 12 pax  

Bahan-Bahan

1 kg Dada ayam, dicarik
30 g Halia, diketuk
2 liter Air
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
A (Dikisar):  
100 ml Minyak 
20 g Halia
4 biji Bawang merah
10 biji Bawang putih
60 g Cili kering, yang direndam dalam air panas
6 batang Serai, dihiris
24 g Biji ketumbar
B:  
24 g Serbuk jintan manis
24 g Biji ketumbar, dikisar kasar
4 keping Daun limau purut, dikoyakkan
300 ml  Air
45 g Gula melaka
300 ml Santan
45 ml  Air asam jawa
200 g Kerisik
36 g MAGGI® CukupRasa™

 

Cara Memasak

  1. Di dalam periuk, panaskan air dan rebuskan ayam, halia dan MAGGI® CukupRasa™ sehingga masak. Ketepikan dan carikkan ayam dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan A sehingga wangi. Masukkan bahan B sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam yang telah dicarik, gaulkan rata.
  4. Tuangkan kerisik dan gaulkan MAGGI® CukupRasa™. Gaul sebati sehingga kering.
  5. Hidang panas-panas.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami