Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bagus Diketahui

Diperkayakan dengan protein, zat besi dan kalsium, tauhu juga merupakan bahan yang bernilai dalam diet anda.

Bahan-Bahan

1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dihiris
400 g asparagus
100 g lobak merah, dibelah dua dan dipotong nipis menyerong
100 g tauhu keras, dibelah dua dan dipotong 0.5 cm tebal
2 sudu kecil 
(atau secukup rasa)
MAGGI® CukupRasa™
Untuk bahan pemekat 
(dicampur bersama-sama 
dalam mangkuk):
 
½ sudu kecil tepung jagung
¼ cawan air

Cara Memasak

  1. Mula-mula, potong dan kupas lapisan keras asparagus (kulit luar) dan keluarkan dari bahagian yang lembut di dalam tangkai. Kemudian, potong asparagus 4 cm panjang.

  2. Seterusnya, tuangkan minyak ke dalam kuali atau periuk. Apabila minyak panas, goreng hirisan tauhu sehingga perang.
  3. Setelah tauhu menjadi perang, letakkan di dalam pinggan dan ketepikannya.
  4. Tumis hirisan bawang putih hingga berwarna perang di dalam kuali yang sama. Kemudian, tambah hirisan lobak merah dan goreng dengan api sederhana tinggi selama 2-3 minit.
  5. Panaskan kepada haba yang tinggi dan masukkan asparagus. Kacau goreng asparagus selama kira-kira 3 minit, sehingga ia berwarna hijau terang namun masih rangup.

  6. Akhir sekali, masukkan tauhu, lazatkan lagi dengan MAGGI® Cukup Rasa ™ dan masukkan bahan pemekat. Kacau sebentar, dan tutup api.

  7. Padankan juadah yang lazat ini dengan nasi, makan panas-panas.

Info Nutrisi

Energy 93 Kcal

Protein 5g

Fat 5g

Carbs 7g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami