Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Kulit ayam perlu dibuang sebelum dipanggang untuk mengurangkan lemak ayam dalam pemakanan.

Bahan-Bahan

1.2 kg seekor ayam
Untuk Perapan  
¼ cawan Sos Tiram MAGGI®
100 ml air
2 sudu besar madu
1 sudu besar jus halia
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 sudu besar minyak zaitun
1 ulas bawang besar, dipotong berbaji
200 g lobak merah, dipotong berbaji
1 biji ubi keledek, dipotong berbaji
2 biji kentang, dipotong berbaji
100 g brokoli, dipotong bunga kecil

Cara Memasak

  1. Mula-mula, cuci ayam menggunakan air sejuk. Seterusnya, keringkannya dengan kertas tisu.

  2. Ambil mangkuk serta masukkan Sos Tiram MAGGI® bersama air, madu, jus halia, dan juga bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian, gaulkan adunan pada ayam sehingga sebati.
  3. Perapkan ia selama 30 minit.
  4. Selepas itu, panaskan ketuhar pada suhu 200°C selama 10 minit.
  5. Kemudian, ambil pemanggang dan susun bawang besar, lobak merah, ubi keledek, kentang dan juga brokoli ke atasnya.

  6. Renjiskan minyak zaitun ke atas sayuran tadi dan toskannya. Kemudian, bakar di atas pemanggang.Next, place the marinated chicken on the tray.

  7. Seterusnya, letakkan ayam yang telah diperap ke atas pemanggang.

  8. Bakar ayam tersebut selama 20 minit pada suhu 200°C.

  9. Apabila ayam sudah masak, keluarkannya daripada ketuhar dengan berhati-hati dan bungkuskan dengan kertas aluminium serta perlahankan suhu ketuhar pada 180°C. Sambung untuk membakar selama 25 minit sehingga ayam menjadi perang keemasan.

  10. Akhir sekali, keluarkan ayam yang sudah cukup masak daripada ketuhar dan sediakan sementara masih panas!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami