Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Discarding the chicken skin will reduce the fat content in the dish.

Bahan-Bahan

4 ketul paha ayam yang dibuang kulit dan tulang dan dipotong dua
8 biji bawang merah besar, dikisar halus
2 sudu besar halia, dikisar halus
4 tangkai serai, dikisar halus
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar gula

 

 

Cara Memasak

  1. Mula-mula buang kulit paha ayam tadi dan potongnya menjadi dua setiap satu

  2. Kemudian cuci ayam itu menggunakan air lalu dan keringkannya dengan tisu dapur. 

  3. Setelah itu, masukkan bawang merah, halia, serai, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, MAGGI® CukupRasa™ dan gula ke dalam satu mangkuk.

  4. Kemudian masukkan ayam ke dalam mangkuk tadi dan gaulkannya hingga rata. Biarkan ia diperap selama 1 jam.

  5. Sekiranya anda bercadang menggunakan arang untuk membakar, panaskan tempat pemanggang terlebih dahulu. Kemudian pangganglah ayam dan biarkan ia masak lebih kurang 20 minit.

  6. Atau sekiranya anda menggunakan ketuhar, panaskan ketukar 225°C dan bakar ayam selama 30 minit.

  7. Akhir sekali, hidangkan ayam bakar dengan salad atau kentang bakar.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami