Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 4 pax   Cooking duration: 20 minit

Bahan-Bahan

A:  
300 g isi ayam tanpa tulang dan dikerat kiub kecil
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 telur
B:  
4 sudu besar (50 g) mentega
3 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi, dicincang
C:  
1 biji telur masin, direbus dan dilenyek
1 cawan susu sejat
½ cawan air
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara Memasak

  1. Potong ayam dalam saiz kecil dan gaul dengan MAGGI® CukupRasa™.
  2. Panaskan minyak. Ambil mangkuk, campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Pukul telur dalam mangkuk lain.
  3. Celup ayam dalam tepung dan kemudian telur dan tepung kembali. Goreng dalam minyak hapus sehingga kuning keemasan. Ulang hingga selesai.
  4. Kemudian, sediakan sos. Panaskan kuali dan tambah bahan-bahan B. Tumis hingga naik wangi.
  5. Tuang bahan-bahan C, biar ia merenih dan masukkan ayam. Hidangkan panas-panas.

TIPS: Tambahkan khasiat, cantikkan hidangan dengan sayur-sayuran lain seperti lobak merah dan brokoli.

CARA PINTAR: Lenyek kuning telur dan tambah air agar sos tidak berketul

Info Nutrisi

Energy 384 Kcal

Protein 19g

Fat 12g

Carbs 50g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami