Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 1 jam 30 minit

Bahan-Bahan

250g dada & peha ayam tanpa kulit dan tulang
2 sudu besar minyak masak
150g / 2½ bawang merah, dikisar
20g / 4 ulas bawang putih, dikisar
10g / 2 inci halia, dikisar
3 batang serai, dikisar
20g cili kering, direndam & tapis
1 cawan Nestle® Natural Set Yogurt
30g / 2 sudu besar asam jawa (campur 100 ml air dan ditapis)
2 sudu besar madu
2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
Bahan untuk dikisar:  
100g / 2 ulas bawang merah
20g / 4 ulas bawang putih
20g / 2 inci halia
20g / 3 batang serai
20g / 2 inci lengkuas
150ml air
4 sudu besar serbuk ketumbar
3 ½ sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa™

Cara Memasak

  1. Mulakan dengan menyediakan bahan perapan. Kemudian, masukkan ayam di dalam mangkuk dan tuangkan kesemua bahan yang telah dikisar. Gaul dan perap ayam. Biarkan selama 1 jam.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah dikisar tadi hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sehingga ia separuh masak.
  4. Keluarkan ayam dari dalam kuali dan masukkan Nestlé Natural Set Yogurt, air asam jawa, madu dan MAGGI® CukupRasa™ ke dalam kuali. Masak sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Panggangkan ayam di atas bara dengan api sederhana atau kuali pemanggang sehingga masak sepenuhnya dan warna ayam bertukar menjadi keperangan.
  6. Hidangkan ayam di atas pinggan, tuangkan kuah ke atasnya dan hidangkan bersama nasi panas. Memang sedap!

 

Info Nutrisi

Energy 243 Kcal

Protein 21g

Fat 11g

Carbs 15g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami