Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g paha ayam tanpa tulang dipotong kecil
1 liter minyak masak untuk menggoreng
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar minyak jagung
4 biji bawang merah dicincang halus
4 biji bawang besar dicincang halus
1 inci halia muda
6 biji cili merah dicincang halus
2 sudu besar Sos Cili MAGGI®
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 biji tomato dipotong berbaji
1 cawan air

Cara Memasak

  1. Selepas ayam dibuang tulangnya, bilas dengan air sejuk. Kemudian potong dalam saiz yang kecil.

  2. Gabungkan ayam dengan kunyit dan serbuk cili dalam satu mangkuk.

  3. Lumurkan bahan tersebut pada ayam dengan sebati dan perap selama 10 minit.

  4. Kemudian, tuangkan 1 liter minyak ke dalam kuali. Gorengkan ayam sehingga separuh masak. Keringkan minyak pada ayam dan letakkan di tepi.

  5. Dalam periuk yang lain, masukkan 4 sudu besar minyak jagung dan tumiskan bawang merah, bawang besar, halia dan cili merah sampai wangi.

  6. Kacaukan berasama Sos Cili MAGGI® dan MAGGI® CukupRasa™ dengan bahan tumisan tadi. Masukkan pula tomato yang dipotong berbaji. Tuang secawan air dan biarkan mendidih.

  7. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan biarkan ia masak, kacau selalu.

  8. Juadah siap untuk dihidang setelah ayam masak dengan sempurna dan kuah pun menjadi lebih pekat.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami