Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Untuk rasa telur masin yang lebih menyengat, gandakan penyediaan sos telur masin dan hidang sebagai sos pencicah.

Bahan-Bahan

500 g paha ayam dibuang tulang, potong kecil
1 biji putih telur, dipukul sederhana
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
½ cawan tepung beras
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1/2 cawan minyak masak untuk menggoreng
   
Untuk sos telur masin:  
1 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted butter)
1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dicincang
  Segenggam daun kari
2 kuning telur masin, direbus dan dilenyek
5 – 6 cili padi, dicincang
½ cawan susu sejat
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
2 sudu kecil gula
¼ sudu kecil tepung jagung, dicampur dengan 1 sudu besar air sebagai pemekat
   
Untuk hiasan:  
2 – 3 cili padi, dicincang
3 – 4 tangkai daun kari, digoreng
2 – 3 sudu besar bawang putih goreng (jika mahu)

Cara Memasak

  1. Pukul telur putih dengan Sos Tiram MAGGI® dan perap potongan ayam selama 1 jam.
  2. Gaulkan tepung beras dan MAGGI® CukupRasa™ di dalam mangkuk sederhana, golekkan ayam di dalam tepung dan angkat ke dalam piring lain.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga garing dan kuning keemasan. Toskan minyak dan biarkan seketika.
  4. Panaskan mentega dan minyak masak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan daun kari – goreng sehingga garing. Masukkan kuning telur masin, cili padi dan masak sehingga ia meruap.
  5. Perlahankan api dan tambah susu sejat, MAGGI® CukupRasa™ dan gula. Reneh seketika sehingga kuah memekat. Masukkan ayam dan gaul sehingga kuah menyaluti semua bahagian ayam. Taburkan hiasan dan hidang.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami