Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 25 minit

Bagus Diketahui

Bila mayonis digantikan dengan yogurt, hidangan ini lebih berkhasiat dan kandungan lemaknya juga berkurangan.

Bahan-Bahan

400g Filet ayam tanpa tulang dan kulit
1 Telur
1 Sudu kecil Stok Ayam MAGGI®
2 Sudu kecil Kepingan Cili
1 Cawan Tepung naik sendiri
1 Cawan MAGGI® CukupRasa™
  Minyak untuk menggoreng
   
Untuk Coleslaw:  
2 Cawan Kobis ungu, diparut
2 Lobak merah, diparut
1 Bawang kecil, dihiris
1/2 Cawan yogurt rendah lemak
  Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Pukul telur dengan stok ayam.
  2. Rendam ayam dalam adunan telur dan biarkan selama 15 minit.
  3. Campurkan kepingan cili, tepung dan MAGGI® CukupRasa™, kemudian taburkan atas ayam.
  4. Goreng selama 7 minit pada setiap sisi.
  5. Campurkan parutan kobis, lobak merah dan bawang dengan yogurt, masukkan garam dan lada secukup rasa. Hidangkan dengan ayam dan nikmati bersama keluarga!

Info Nutrisi

Energy 306 kalori

Protein 30g

Fat 6g

Carbs 33g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami