Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

2 sudu besar minyak masak
500 g isi dada ayam, dihiris nipis
1 biji bawang besar, dihiris nipis
5 sm halia muda, dihiris nipis
4 ulas bawang putih, dihiris nipis
4 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil kicap pekat
½ sudu kecil serbuk lada putih
2 tangkai cili merah, dihiris nipis
100 g daun bawang, dihiris 5 sm

Cara Memasak

  1. Mula-mula sekali jangan lupa untuk nyahbekukan ayam ada terlebih dahulu sementara menyediakan bahan-bahan lain.
  2. Kemudian potong ayam dan hiris bawang besar, halia dan bawang putih nipis-nipis sebelum diasingkan.
  3. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan tunggu sehingga panas. (Untuk periksa minyak betul-betul panas ia akan meruapkan haba.)
  4. Kemudian tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau.
  5. Selepas itu goreng ayam sehingga warna kekuningan dan garing
  6. Tambahkan Sos Tiram MAGGI®, kicap pekat dan serbuk lada putih.
  7. Biarkan hingga kuah nampak pekat atau sehingga sekata dan ayam telah masak elok. Tambah cili
  8. Hidangkan bersama nasi panas! Selamat menjamu selera!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami