Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minutes

Bahan-Bahan

500 g isi ayam, dipotong kecil-kecil
2 sudu besar minyak jagung
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang besar, dikisar
3 sm halia, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
2 tangkai serai, dikisar
2½ sudu besar Sos Tiram MAGGI®
4 sudu besar kicap pekat
4 batang cili merah, dibelah separuh dan dipotong empat
100 g daun bawang, dihiris 5sm
2 biji bawang besar, dipotong berbaji

Cara Memasak

  1. Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, halia, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  2. Apabila aroma tumisan sudah memenuhi ruang dapur, barulah masukkan potongan ayam dan dikacau sekata.
  3. Kemudian masukkan Sos Tiram MAGGI®, kicap pekat, kicap cair dan gula serta kacau sampai semuanya bergaul rata dan ayam sudah betul-betul masak.
  4. Akhir sekali masukkan cili merah, daun bawang dan bawang merah yang dipotong dadu sebelum dikacau sekali lagi.
  5. Dihidang panas-panas dan dimakan bersama nasi putih.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami