Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g dada ayam dibuang tulangdipotong dalam saiz ketulan besar
200 g ubi kentangdipotong kecil
100 ml minyak jagung
2 batang kayu manis
3 putik bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang besardikisar
3 cm haliadikisar
4 ulas bawang putihdikisar
2 tangkai seraidikisar
50 g serbuk kurma
2 cawan air
2 kiub Kiub Pati Ayam MAGGI®
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
3 cawan air
1 cawan susu sejat
4 biji cili merahdibelah dua kemudian dipotong 4
100 g daun bawangdipotong 5sm panjang
2 biji bawang besardipotong berbaji
1 biji tomatodipotong berbaji

Cara Memasak

  1. Selepas ayam dibuang tulangnya, basuh dengan air sejuk. Kemudian dipotong dalam ketulan saiz besar.

  2. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan serai secara berasingan dalam pengisar. Ketepikannya.

  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga beraroma.

  4. Kemudian, masukkan ketulan ayam dan kacau hingga sebati.

  5. Masukkan serbuk kurma dan 2 cawan air. Kacau dan masak hingga ayam empuk.

  6. Bila kuah kurma mula menggelegak, masukkan Kiub Pati Ayam MAGGI®, MAGGI® CukupRasa™, 3 cawan air, susu sejat, cili merah, daun bawang, bawang yang dipotong berbaji dan tomato.

  7. Padankan Ayam Kurma dengan Nasi Briyani.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami