Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 35 minit

Bahan-Bahan

1 keping Paha ayam yang dibuang tulang
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 paket MAGGI® Hari-Hari Favourites Black Pepper Mix
30 g Bawang besar, dihiris bulat
30 g Bawang putih, dihiris halus
5 sudu besar Minyak

Cara Memasak

  1. Buangkan tulang ayam dan ketuk ayam menggunakan pengetuk daging. Cuci ayam dengan berhati-hati dan jangan buang kulitnya.

  2. Dalam mangkuk, masukkan Sos Tiram MAGGI® dan perap ayam selama 1 jam.
  3. Bila ayam telah diperap, panaskan kuali non-stick.

  4. Dalam kuali yang dalam, masukkan minyak dan goreng ayam dalam suhu sederhana selama 15 minit atau tunggu hingga ia bertukar menjadi perang. Ia bergantung kepada saiz paha ayam.

  5. Bila ayam telah masak, letakkan ayam ke tepi.

  6. Teruskan dengan menumis bawang besar dan bawang putih dalam lebihan minyak tadi sehingga naik bau.

  7. Kemudian, masukkan MAGGI® Hari-Hari Favourites Black Pepper Mix dengan 4 sudu besar air.

  8. Bila sos telah mendidih dan memekat, masukkan ayam ke dalam kuah dan biar ia masak.

  9. Bila sos telah menyaluti ayam, hidangkan ke dalam pinggan dan tuangkan baki sos ke atasnya.

  10. Hidangan ayam yang sungguh lazat ini boleh dimakan bersama nasi, spageti, salad, kentang putar atau kentang goreng.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami