Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

Untuk ayam 'Mala'  
2 keping Isi ayam bahagian paha
4 sudu besar Pes Mala
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar Gula Melaka
   
Bahan tambahan  
  Gua Bao
  Mayonis Jepun
  Jeruk akar teratai
  Kepingan Kyuri
  Lobak, dihiris
  Daun bawang, dihiris
  Daun ketumbar
  Ais

Cara Memasak

  1. Perap ayam dengan pes mala dan perasa sepanjang malam atau dua jam sebelum memasak.
  2. Pasang SHREDDING BLADE dengan mesin pengisar makanan, hancurkan lobak pada mode M1. Rendam hancuran lobak tadi dengan air ais untuk beberapa minit dan keringkan. Tukar SLICING BLADE dan hancurkan kepingan kyuri pada mod M1.
  3. Sediakan bahan perasa yang lain.
  4. Dengan menggunakan Oven Cubie, pilih mod CONVECTION. Tekan SET, tetapkan suhu pada 150 ̊C dan tekan START untuk panaskan ketuhar. Kemudian ketuhar akan berbunyi sebanyak tiga kali dan ikon “√” terpapar menunjukkan ia sudah panas.
  5. Sementara itu, panaskan kuali menggunakan induction cooker dan tekan mod PAN-FRY. Tetapkan suhu pada 200 ̊C dan tunggu ia panas.
  6. Masukkan minyak dan layurkan ayam untuk 3-4 minit atau sampai kulitnya nampak garing.
  7. Letakkan ayam di atas aluminium foil dalam dulang dan masukkan ke dalam ketuhar. Tetapkan masa memanggang kepada 12 minit atau sehingga ayam betul-betul masak. Biarkan ayam seketika di dalam ketuhar.
  8. Kemudian masukkan roti yang diletakkan di atas dulang pada ruang tengah ketuhar. Tetapkan mod STEAM-MED (Ketuhar Cubie) tekan SET. Tetapkan masa pada 5 minit dan tekan START.
  9. Gunakan roti sebagai sandwich dan letakkan ayam (yang telah dipotong) dan bahan lain sebagai isinya. Hidangkan!

Info Nutrisi

Energy 450.7 Kcal

Protein 19.1g

Fat 46.6g

Carbs 3g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami