Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 2 jam (+masa memerap)

Bahan-Bahan

500g isi ayam dipotong kecil
3 sudu besar Nestle® Natural Yogurt ™
1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
2 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang besar, dikisar
2 inci halia, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
2 btg serai, dikisar
1 pkt MAGGI® Hari-Hari Favourites Masak Merah
2 cawan air
4 biji cili merah, belah 2 dan potong 4
100 gm daun bawang, hiris panjang 5 cm
2 biji bawang besar, dipotong bersilang
1 biji tomato, dipotong bersilang
¼ cawan kacang pea

Cara Memasak

  1. Kita mulakan dengan ayam dahulu. Dalam mangkuk, masukkan ayam, yogurt dan MAGGI® CukupRasa™. Gaul sebati dan biarkan ia diperap selama 2 jam.
  2. Kemudian panggang ayam separuh masak. Ketepikan.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang, halia, bawang putih serta serai yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Seterusnya, masukkan MAGGI® Hari-Hari Favourites Masak Merah, air dan ayam yang telah diperap tadi. Kacau sebati hingga ayam sempurna.
  5. Kemudian, masukkan cili merah, daun bawang, bawang, tomato dan kacang pea. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak.

Info Nutrisi

Energy 241 Kcal

Protein 22g

Fat 13g

Carbs 9g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami