Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

A:  
½ cawan Air
3 sudu besar Tepung gandum
2 sudu besar Tepung jagung
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
500 gram Dada ayam, dipotong dadu, dikeringkan
  Minyak untuk menggoreng
B:  
1 sudu besar Minyak jagung
2 sudu kecil Bawang putih, dicincang
1 biji Bawang Holland, dipotong berbaji
½ biji Lada bengala hijau, dipotong dadu
½ biji Lada bengala kuning, dipotong dadu
½ biji Lada bengala merah, dipotong dadu
¼ cawan Nenas, dipotong dadu
1 cawan Air
C:  
3 sudu besar MAGGI® Sos Tomato™
3 sudu besar Sos cili Thai
1 sudu besar Gula
1 sudu besar Cuka
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar Tepung jagung
2 sudu besar Air

Cara Memasak

  1. Campurkan air, tepung gandum, tepung jagung dan MAGGI® CukupRasa™ bersama. Masukkan ayam dan gaul sebati. Ketepikan selama 5-10 minit.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Goreng ayam hingga berwarna keemasan dan garing. Ketepikan.
  3. Di kuali lain, panaskan minyak jagung. Masukkan bawang putih, bawang Holland, lada bengala hijau, kuning dan merah. Kacau rata.
  4. Masukkan nenas. Masak seketika dan masukkan air.
  5. Seterusnya, masukkan campuran MAGGI® Sos Tomato™ dan sos cili Thai.
  6. Masukkan gula, cuka dan MAGGI® CukupRasa™.
  7. Biarkan mendidih dan masukkan larutan tepung jagung.
  8. Hidangkan panas.

Tips:

1. Daging ayam perlu kering supaya menyerap adunan tepung.

2. Minyak dipanaskan hingga gelembung hilang.

Gandingan: Nasi putih, sayur goreng, sirap selasih, teh o ais.

Info Nutrisi

Energy 377 Kcal

Protein 18g

Fat 8g

Carbs 26g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami