Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

4 sudu besar minyak masak
500 g dada ayam tanpa kulit dan tulang
1 biji bawang besar dihiris halus
5 cm halia muda dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
1 cawan cendawan butang dihiris halus
1 paket MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Berlada Hitam
1 cawan air
2 biji cili merah dihiris halus
100 g daun bawang dipotong 5cm panjang

Cara Memasak

  1. Panaskan kuali atas api sederhana. Bila dah panas, masukkan minyak masak.

  2. Tambahkan pula bawang, halia, bawang putih dan cendawan butang. Tumis sampai bawang menjadi lembut.

  3. Kemudian masukkan ayam. Kacau tanpa henti sehingga isi ayam bertukar warna.

  4. Setelah ayam empuk, masukkan MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Berlada Hitam. Masak hingga kuah menjadi pekat.

  5. Akhir sekali masukkan cili merah dan daun bawang.

  6. Juadah ini sesuai dinikmati dengan nasi, kacang buncis atau asparagus yang dibakar.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami