Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 4 pax   Cooking duration: 15 minit

Bahan-Bahan

A:  
4 sudu besar Minyak jagung
2 biji Bawang merah, dihiris halus
4 ulas Bawang putih, dicincang
1 inci Halia, dihiris panjang julienne
2 tangkai Serai, diketuk
2 helai Daun limau purut, dikoyak
2 sudu besar Pes cili
B (Perap):  
500 gram Dada ayam, dipotong kecil
1 sudu besar MAGGI® Sos Tiram
C:  
1 biji Bawang Holland, dipotong berbaji
50 gram Kobis bunga, dipotong kecil
50 gram Jagung muda, dihiris kecil
50 gram Lobak merah, dipotong 2 inci panjang
50 gram Kacang panjang, dipotong 2 inci panjang
D (Campur):  
2 sudu besar MAGGI® Sos Cili
2 sudu besar MAGGI® Sos Tomato
2 sudu besar MAGGI® Sos Tiram
1 sudu kecil Kicap pekat
½ cawan Air

Cara Memasak

  1. Tumis wangi bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut.
  2. Masukkan pes cili dan tumis seketika.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap dengan MAGGI® Sos Tiram.
  4. Seterusnya, masukkan bawang Holland, kobis bunga, jagung muda, lobak merah dan kacang panjang.
  5. Masukkan campuran semua sos, kicap dan air.
  6. Biar seketika dengan api perlahan dan kacau rata.
  7. Hidangkan panas.

Tips: Campur semua sos di dalam mangkuk untuk menjimatkan masa.

Gandingan: Nasi putih dan telur dadar.

Info Nutrisi

Energy 251 Kcal

Protein 31g

Fat 9g

Carbs 13g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami