Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 35 minit

Bahan-Bahan

500 g kepingan daging ayam dipotong kecil
100 ml minyak masak
2 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 cm halia muda dihiris halus
2 sudu besar cili yang dikisar
½ cawan air
2 sudu besar Sos Cili MAGGI®
2 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil kicap manis
1 tangkai serai dititik
2 helai daun limau purut
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 biji bawang besar dipotong berbaji
50 g kobis dihiris nipis
50 g putik jagung dipotong kecil
50 g lobak merah dibuang kulit dan dipotong
50 g kacang panjang dipotong 3sm panjang

Cara Memasak

  1. Mula-mula, potong daging ayam kecil-kecil.

  2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali.

  3. Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak atau hingga berubah warna. Keluarkan ayam.

  4. Dalam kuali yang sama, gunakan 4 sudu minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili yang dikisar hingga wangi.

  5. Kemudian, masukkan pula air, Sos Cili MAGGI®, Sos Tomato MAGGI®, Sos Tiram MAGGI®, kicap manis, serai, daun limau purut dan MAGGI® CukupRasa™. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.

  6.  

    Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.

  7. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong berbaji, kobis, putik jagung, lobak merah dan kacang panjang, renehkan selama 5 minit.

  8. Hidangkan juadah ini bersama nasi panas dan telur goreng.

     

Info Nutrisi

Energy 251 Kcal

Protein 31g

Fat 9g

Carbs 13g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami