Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 40 minit

Bagus Diketahui

1 hidangan ayam atau daging umpama sebesar tapak tangan, jaga kuantiti makan anda apabila menikmati makanan pada musim Ramadan.

Bahan-Bahan

250 gram dada ayam
250 gram paha ayam
   
Dikisar dengan air:  
6 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 ulas buah keras
30 gram halia
1 inci kunyit hidup
600 ml air
1 sudu kecil biji ketumbar, ditumbuk dengan lesung batu
2 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, ditumbuk
4 helai daun salam
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
Minyak untuk menggoreng
   
Bahan-bahan untuk Sambal:  
1 sudu kecil minyak masak
5 tangkai cili merah, dipotong 4
4 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji tomato (sederhana), dipotong berbaji
2 sudu kecil belacan, dibakar atau digoreng
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
2 sudu kecil gula

Cara Memasak

  1. Mula-mula, panaskan 600ml air di dalam periuk serta masukkan bawang putih yang dikisar, bawang merah, buah keras, halia dan juga kunyit hidup.
  2. Kemudian masukkan biji ketumbar yang telah ditumbuk, lengkuas, daun salam bersama MAGGI® CukupRasa™ dan kacau perlahan-lahan.
  3. Selepas itu, masukkan isi ayam dan masak pada api sederhana selama 15-20 minit sehingga ayam menjadi lembut. Apabila ia betul-betul masak, keluarkan ayam daripada periuk.
  4. Seterusnya, panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam sehingga ia bertukar warna perang keemasan. Angkat ayam ke atas penapis untuk menadah minyak.
  5. Anda juga boleh menggunakan kertas tisu. Anda boleh terus menggoreng ayam tersebut atau perap isi ayam terlebih dahulu bersama 3-4 sudu air rebusan dan disimpan ke dalam peti ais sebelum menggoreng untuk rasa yang lebih enak.
  6. Untuk membuat sambal, panaskan minyak terlebih dahulu kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili serta tumis selama 2-3 minit sehingga wangi
  7. Selepas itu, masukkan potongan tomato dengan belacan dan kacau sehingga tomato menjadi lembut. Tambah perasa dengan MAGGI® CukupRasa™ dan sedikit gula. Akhir sekali, tumbuk kesemua bahan yang ditumis dengan menggunakan lesung batu atau mesin pengisar.
  8. Sendukkan nasi di atas pinggan dan letakkan ayam yang digoreng bersama tempe goreng, tauhu goreng, hirisan timun dan sambal sebanyak mungkin. Anda juga boleh panaskan air rebusan ayam untuk dijadikan sup.

Tip Chef: Daun salam segar juga boleh digantikan dengan daun salam yang kering.

Info Nutrisi

Energy 274 Kalori

Protein 19g

Fat 18g

Carbs 9g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami