Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Vitamin B6 dalam daging ayam memainkan peranan penting dalam mencegah serangan sakit jantung yang dapat mengurangkan tahap homosisteina berhubung dengan peningkatan risiko untuk mendapat serangan jantung.

Bahan-Bahan

1 sudu kecil minyak masak
Bahan-bahan untuk Sos  
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
4 sudu besar air
½ sudu kecil kicap soya pekat
1 ½ sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil jus halia
250 g dada ayam
250 g paha ayam, dibuang kulit dan tulang
Penyediaan Sayur  
200 g bok choy, dicelur
200 g brokoli, dicelur
200 g lobak merah, dicelur

Cara Memasak

  1. Sediakan mangkuk kecil, campurkan Sos Tiram MAGGI® bersama air, kicap soya pekat, gula perang, cuka dan juga jus halia untuk sos. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.

  2. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam dan goreng sehingga perang keemasan pada api sederhana. Jangan biarkan api terlalu kuat untuk mengelakkan ayam tidak masak pada bahagian dalam.
  3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan letakkan di tepi.
  4. Seterusnya, gunakan kuali yang sama dan masukkan sos yang telah dibancuh sebentar tadi. Didihkan sos sehingga menjadi sedikit pekat.
  5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dimasak ke dalam kuali dan biarkan selama 2 minit.

  6. Hidangkan ayam yang telah dimasak dan tuangkan sos serta sediakan bersama sayur yang telah dicelur. Nikmatinya dengan selera!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami