Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 25 minit

Bagus Diketahui

Elakkan daripada merendam bihun dalam air panas. Ia menyebabkan bihun rosak cepat.

Bahan-Bahan

A:  
2 sudu besar minyak jagung
2 bawang merah, dipotong
2 ulas bawang putih, dipotong
100 g udang, dikopek dan dibelah belakang
100 g sotong, dibersih dan dipotong bulat
100 g dada ayam, dihiris
B:  
100 g lobak merah, dipotong panjang 2 inci
100 g daun sawi, dipotong
400 g bihun, direndam hingga lembut dan ditos
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar cuka makan
Sambal:  
5 cili api
5 sudu besar kicap pekat
1/3 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
5 sudu besar air panas
Hiasan:  
  daun bawang
  cili merah, dihiris
  limau kasturi, dibelah dua

Cara Memasak

1. Panaskan kuali. Tumis bahan-bahan A selama 2 minit.

 

2. Campurkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam kuali bersama-sama bihun dan sayur-sayuran.

 

3. Masak selama 3 minit hingga bahan-bahan bergaul mesra.

 

4. Hias dan hidangkan panas-panas.

Info Nutrisi

Energy 338 Kcal

Protein 9g

Fat 6g

Carbs 62g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami