Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Beras perang merupakan pilihan yang lebih sihat untuk bubur.

Bahan-Bahan

100 g beras putih, dibasuh dan dibilas
2 liter air
2 kiub MAGGI® Kiub Pati Ayam
300 g ayam, filet dada, tanpa kulit, dipotong nipis
200 g filet ikan kerapu atau jenahak, dipotong nipis
1 inci halia muda, dikupas dan dihiris halus
200 g lobak merah, dipotong kiub
200 g bayam, dipotong kasar
Perencah (tambahan): minyak bijan
  kicap
  lada putih
  daun bawang yang dicincang
  minyak bawang putih (3 ulas bawang putih cincang digoreng dengan 2 sudu minyak masak)
  cili padi dihiris
  bawang goreng
  halia muda dihiris halus

Cara Memasak

1. Masukkan beras, air dan MAGGI® Kiub Pati Ayam dalam periuk rebusan dan biarkan mendidih pada suhu yang tinggi. Bila sudah mendidih, turunkan suhu kepada sederhana. Bubur juga boleh dimasak menggunakan periuk nasi yang mempunyai fungsi memasak bubur.

 

2. Kemudian masukkan potongan ayam dan biarkan bubur mereneh pada suhu sederhana rendah selama 30 minit.

 

3. Untuk mengelakkan daripada beras melekat pada bahagian bawah periuk, pastikan bubur dikacau sekali-sekala.

 

4. Kemudian, masukkan hirisan halia dan ikan ke dalam bubur. Masak selama 10 minit atau sehingga ikan betul-betul masak.

 

5. Akhir sekali, masukkan lobak dan bayam, biarkan ia masak.

 

6. Bila semua bahan telah pun masak sepenuhnya, tutup api dan senduk bubur ke dalam mangkuk.

 

7. Renjis dengan minyak bijan dan hidangkan bersama perencah kegemaran anda.

 

Tip Chef: Anda juga boleh memilih untuk buang kulit ayam.

Info Nutrisi

Energy 146 Kcal

Protein 19g

Fat 2g

Carbs 13g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami