Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bagus Diketahui

Padankan burger dengan roti gandum penuh untuk pengambilan serat yan glebih. Tambahkan lagi kerangupan dengan daun salad dan bawang segar.

Bahan-Bahan

4 Keping dada ayam tanpa kulit (kira-kira 500 g), kira-kira 2 cm tebal
1 Sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1/4 Cawan tepung beras
1 Sudu kecil MAGGI® CukupRasa ™
1 - 1 1/2 Sudu besar minyak masak untuk menggoreng
4 roti burger (biasa atau mil penuh)
1/4 timun, dihiris
4 Keping daun salad
   
Untuk Sos Telur Masin:  
1 Sudu besar mentega tanpa garam
1/2 Sudu besar minyak masak
3 Ulas bawang putih, dicincang
4 Tangkai daun kari
2 kuning telur masin, kukus dan lecek
3 - 4 cili padi, dicincang
1/4 Cawan susu sejat
1 Sudu kecil MAGGI® CukupRasa ™ (atau secukup rasa)
1 Sudu kecil gula (atau secukup rasa)

Cara Memasak

  1. Perap dada ayam dengan Sos Tiram MAGGI® untuk sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  2. Campurkan tepung beras dan MAGGI® CukupRasa ™ dalam mangkuk adunan yang sederhana. Celup ayam dalam campuran tepung, ketepikan tepung yang berlebihan dan pindahkan ayam ke pinggan yang kering.
  3. Goreng kepingan ayam dalam kuali sehingga perang keemasan. Toskan minyak yang berlebihan dan ketepikan.
  4. Panaskan 1 sudu besar mentega tanpa garam dan ½ sudu besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan daun kari hingga garing dan wangi. Seterusnya, tambah kuning telur masin, cili padi dan masak sehingga campuran menjadi berbuih.
  5. Kecilkan api, masukkan susu cair, MAGGI® CukupRasa ™ dan gula. Biarkan ia mereneh sehingga pekat sebelum tutup api.
  6. Potong roti burger secara melintang, bakar dalam ketuhar pembakar roti atau pada dalam kuali leper.
  7. Akhir sekali, siapkan burger. Letakkan hirisan timun dan salad dalam roti burger bahagian bawah, diikuti dengan ayam goreng dan kemudian, tuangkan sos telur masin.
  8. Tutup dengan separuh lagi roti burger dan hidangkan segera.

Info Nutrisi

Energy 538 kalori

Protein 43g

Fat 14g

Carbs 60g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami