Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Untuk hidangan lebih seimbang, tambahkan sayur-sayuran seperti daun salad atau tomato.

Bahan-Bahan

Nasi  
500 g nasi, dibasuh dan ditos
A:  
20 g halia, diketuk
1 bawang kecil, dihiris
1 sudu besar minyak jagung
B:  
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
150 ml santan kelapa + 50 ml air
500 ml air
2 daun pandan
Sambal Tumis  
1/3 cawan minyak jagung
A (dikisar):  
50 g cili kering
200 g bawang besar
20 g bawang putih
20 g halia
1/3 cawan air
B:  
400 g udang, dibuang kulit dan dibelah belakang
80 g pes asam jawa + 1 cawan air
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
4 sudu besar gula
Garnishing:  
  kacang tanah
  ikan bilis goreng
  timun
Isi Ayam Goreng Rangup  
  minyak (untuk menggoreng rendam)
A:  
400 g dada ayam, dipotong kiub
3 sudu besar santan kelapa
B:  
¼ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™

Cara Memasak

Nasi

1. Masukkan beras, bahan-bahan A dan B ke dalam periuk nasi.

 

2. Kacau sehingga rata dan biar hingga masak.

 

Sambal Tumis

1. Panaskan kuali, tuangkan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga pecah minyak.

 

2. Masukkan bahan-bahan B dan tumiskan sambal hingga pekat dan pecah minyak. Pastikan udang masak.

 

3. Teruskan menumis sekurang-kurangnya hingga 10 minit pada api sederhana.

 

4. Ketepikan.

 

Isi Ayam Goreng Rangup

1. Perapkan bahan-bahan A dalam mangkuk selama 30 minit.

 

2. Campurkan bahan-bahan B dalam mangkuk lain.

 

3. Panaskan minyak, celupkan ayam diperap dalam campuran tepung dan goncang sedikit bagi hilangkan tepung berlebihan pada ayam.

 

4. Gorengkan ayam hingga keemasan.

 

Penyediaan Burger Nasi Lemak:

1. Panaskan kuali leper dan gorengkan telur mata. Ketepikan.

 

2. Sendukkan nasi lemak yang agak sejuk ke dalam mangkuk dan tambahkan 1 sudu besar tepung ubi. Gaulkan.

 

3. Ambil bekas atau acuan bulat dan tambah 2-3 senduk nasi ke dalamnya. Padatkan mengikut acuan.

 

4. Ulang sehingga nasi habis (bekas/acuan besar akan memperolehi kira-kira 3 set ‘roti’ burger dan satu bersaiz kecil).

 

5. Letakkan ‘roti’ burger di atas pinggan dan sapukan 1 sudu besar sambal ke atasnya. Lapiskan dengan ayam goreng, tambah lagi sambal. Tambahkan timun, telur mata, ikan bilis goreng dan kacang tanah.

 

6. Selesaikan dengan meletak satu lagi ‘roti’. Hidangkan panas-panas.

Info Nutrisi

Energy 534 Kcal

Protein 18g

Fat 22g

Carbs 66g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami