Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g Isi daging pejal, dipotong kecil
2 sudu besar minyak jagung
2 batang kulit kayu manis
3 putik bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang besar, dikisar
3 sm halia, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
2 tangkai serai, dikisar
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
4 sudu besar kicap pekat
50 g buah prun, dicincang halus
50 g kismis hitam, dikisar halus
1 sudu besar gula Melaka
4 tangkai cili merah, belah 2 dan potong 4
100 g daun bawang, dihiris 5 cm
2 biji bawang besar, dipotong berbaji

 

Cara Memasak

  1. Mula-mula kisar bawang besar, halia, bawang putih dan serai menggunakan mesin pengisar hingga halus.

  2. Selepas itu, panaskan kuali.

  3. Apabila minyak sudah panas, mulalah menumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau.

  4. Kemudian masukkan potongan daging dan dikacau rata

  5. Seterusnya, barulah masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam sekali gus dan dikacau sehingga daging empuk.

  6. Setelah daging empuk, barulah masukkan MAGGI® CukupRasa™,kicap pekat, buah prun, kismis dan gula Melaka. Kacau sehingga daging bertukar warna keperang-perangan pekat.

  7. Akhir sekali, masukkan cili merah, daun bawang dan bawang merah yang dipotong berbaji sebelum dikacau sekali lagi.

  8. Angkat dan dihidang panas-panas dan dimakan bersama nasi.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami