Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

300 g daging batang pinang dipotong kecil
2 sudu besar minyak jagung
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
4 biji buah pegaga
1 biji bawang besar dikisar
3 cm halia dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 tangkai serai dikisar
4 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
2 sudu besar Sos Cili MAGGI®
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar puri tomato
1 cawan air
2 biji cili merah dibelah dua, kemudian dipotong 4
50 g daun bawang dihiris 5cm panjang
2 biji bawang besar dipotong berbaji

Cara Memasak

  1. Pertama sekali, cuci daging, keringkan dan potong kecil. Ketepikannya.

  2. Kemudian, kisarkan bawang besar, halia, bawang putih dan serai secara berasingan.

  3. Tambahkan 2 sudu besar minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga bersama bahan yang dikisar tadi hingga wangi.

  4. Kemudian masukkan daging dan kacau rata.

  5. Campurkan Sos Tomato MAGGI®, Sos Cili MAGGI®, Sos Cili MAGGI®, puri tomato dan secawan air. Kacau semua bahan ini bersama daging dan biarkan masak hingga empuk.

  6. Akhir sekali, tambahkan cili merah, daun bawang dan bawang besar. Renehkan selama beberapa minit. Hidangkan panas.

  7. Padankan dengan Nasi Minyak, timun dan acar.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami