Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax  

Bahan-Bahan

500 g Daging, direbus - Topside / Knuckle
20 g Halia
1 batang Serai, diketuk
2 liter Air 
  Minyak untuk menggoreng
40 ml Minyak untuk tumis
A (Dikisar kasar):  
200 g Bawang besar
40 g Bawang putih
20 g Halia
3 g Biji ketumbar
50 g Cili kering, yang direndam air panas (dikisar)
B:  
3 sudu besar Air
30 g Kicap manis
15 g Kicap pekat
12 g

MAGGI® CukupRasa™

24 g Asam jawa

Cara Memasak

  1. Di dalam periuk, panaskan air bersama halia dan serai. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk.

  2. Selepas masak, ketepikan daging dan hiris 1 cm tebal. Guna batu lesung, ketukkan daging sehingga sedikit leper. Ketepikan.

  3. Panaskan minyak, gorengkan daging sehingga sedikit keperangan. Ketepikan di atas tisu dapur.

  4. Tumiskan bahan A sehingga pecah minyak, masukkan bahan B, gaulkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.

  5. Masukkan daging dan gaulkan sehingga sebati atau kuah melekat pada daging.

  6. Hidang panas-panas.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami